2024-09-14 berita.rtm.gov.my HaiPress

FOTO HIASAN
KUALA LUMPUR,14 September- Niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatif dijangka didagangkan pada kecenderungan menurun minggu depan,selepas menyaksikan permintaan yang agak lemah baru-baru ini,kata seorang peniaga.
Peniaga minyak sawit David Ng menjelaskan selain penurunan permintaan dari China dan India,MSM turut terjejas oleh kejatuhan harga minyak kacang soya.
"Oleh itu,harga MSM dijangka bergerak antara RM3,750 dan RM3,920," katanya kepada Bernama.
Sementara itu,peniaga minyak sawit kanan Interband Group of Companies,Jim Teh meramalkan MSM akan didagangkan lebih rendah minggu depan berikutan stok yang agak tinggi,mengukuhkan laporan Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) terkini,yang mendedahkan bahawa stok minyak sawit Malaysia meningkat kepada 1.83 juta tan pada Ogos 2024.
"Walaupun wujud permintaan lemah dari China dan India,permintaan fizikal masih datang dari Pakistan,Amerika Syarikat,Kesatuan Eropah serta negara-negara Asia Barat," katanya.
Dari Jumaat ke Jumaat,kontrak bulan semerta September 2024 turun RM50 kepada RM3,950 satu tan,Oktober 2024 lebih rendah sebanyak RM26 kepada RM3,909 dan November 2024 susut RM84 kepada RM3,814.
Kontrak Disember 2024 merosot RM116 kepada RM3,775 setan,Januari 2025 jatuh sebanyak RM123 kepada RM3,754 dan Februari 2025 berkurangan RM128 kepada RM3,743.
Jumlah dagangan mingguan meningkat kepada 422,487 lot berbanding 305,672 yang disaksikan semasa minggu sebelum ini,manakala kepentingan terbuka melonjak kepada 259,519 kontrak daripada 232,403.
Harga MSM fizikal bagi September Selatan turun RM20 kepada RM4,010 satu tan daripada RM4,030.
Bursa Malaysia Bhd dan anak syarikatnya akan ditutup pada hari Isnin,16 September 2024,sempena hari keputeraan Nabi Muhammad dan cuti umum Hari Malaysia.
Bursa itu berkata operasi,termasuk aktiviti perdagangan dan penyelesaian,akan disambung semula pada hari berikutnya. -BERNAMA
Websea Umum Pembakaran Besar-Besaran 57 Juta WBS, Pasaran Menilai Semula Nilai Jangka Panjang Token Platform
J.P. Morgan 投資學院與 Morgan 機構知識通道:在新金融時代重建全球知識標準
Kepercayaan Dalam Ribut: Insurans Kontrak Mencetus Revolusi Pengurusan Risiko Web3
Genomik untuk Kesihatan Tumbuhan: Sumbangan Kumpulan BGI terhadap Kepelbagaian Tumbuhan dan Keselamatan Makanan
AIF(香港)投资学院宣布与合盈证券达成战略合作 携手推动亚洲专业投资教育升級,扩大OTC的交易深度和广度
Festival Tanglung Taiwan 2026 Menerangi Chiayi! “Light Up Chiayi: Super Style” Bergandingan dengan Super Mario, Lancarkan Tanglung Blok Soalan Edisi Terhad
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur