2024-09-15 berita.rtm.gov.my HaiPress

Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil/ BERNAMA
KOTA KINABALU,14 September- Sambutan Hari Malaysia 2024 yang diadakan pada 16 Sept di Padang Merdeka di sini akan menjadi cukup istimewa terutama dengan persembahan menarik yang bakal disajikan,kata Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil.
Berdasarkan raptai penuh malam ini,Fahmi yang juga Pengerusi Jawatankuasa Induk Sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2024 berkata beberapa perkara sedang ditambah baik untuk persembahan pada sambutan itu termasuk daripada aspek teknikal.
"Saya rasa sambutan ini akan jadi cukup istimewa… beberapa isu termasuk audio akan dapat ditangani dengan baik selepas menerima maklum balas terutama daripada para peserta," katanya kepada pemberita selepas menyaksikan raptai penuh Sambutan Hari Malaysia di Padang Merdeka malam ini.
Beliau berkata sambutan Hari Malaysia setiap tahun adalah berbeza dengan keunikan tersendiri.
Menteri Pelancongan,Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah Datuk Christina Liew pula berkata orang ramai dijemput hadir ke Padang Merdeka untuk bersama-sama menyemarakkan Sambutan Hari Malaysia 2024.- BERNAMA
Empat langkah tangani krisis air sawah Perak Tengah
KPT sokong inisiatif MAHSA, Micro-Credential jadi pemangkin ‘upskilling’
AS digesa tarik balik tekanan terhadap Malaysia
Peruntukan pertahanan meningkat 35 peratus, tertinggi dalam sejarah
Karnival Masjid Negara 2026 perkasa masjid sebagai pusat komuniti
SK Bukit Pantai terima blok baharu ganti bangunan rosak akibat anai-anai
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur