2024-09-16 berita.rtm.gov.my HaiPress

Foto RTM
HULU TERENGGANU,16 September- Seorang peserta Himpunan RXZ Members 6.0 maut selepas terjatuh daripada motosikal ditunggangnya sebelum digilis sebuah treler,semalam.
Kemalangan berlaku di Kilometer 379.5LebuhrayaPantai Timur Fasa 2 (LPT2),Hulu Terengganu.
Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu,Deputi Superintenden Zainul Mujahidin Mat Yudin ketika dihubungi mengesahkan kejadian.
Mangsa,Ahmad Amir Mohamad,29,disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat mengalami kecederaan parah di bahagian kepala.
Ketika kejadian mangsa dalam perjalanan pulang ke Kuantan,Pahang bersama-sama 11 motosikal lain.
Sebaik tiba di lokasi kejadian motosikal ditunggang mangsa dikatakan melanggar sebuah motosikal lain yang berhenti di lorong kecemasan.
Akibat pelanggaran itu mangsa telah terjatuh di atas jalan raya dan digilis sebuah treler yang tidak sempat mengelak.
Mayat mangsa dihantar ke Unit Forensik Hospital Hulu Terengganu untuk tindakan lanjut.
Sultan Pahang titah solat hajat di semua masjid, doa jerebu Sarawak pulih
Taska di Sarawak tutup serta-merta jika IPU cecah 200
Sambutan Hari RTM ke-80, Bulan Kebangsaan 2026 di Terengganu meriah
Mansuh AUKU: Mahasiswa mahu kebebasan bersuara seiring tanggungjawab
PM Anwar, isteri hayati seni batik Brunei
Sukan Bendang disertai lebih 2,000 peserta, perkukuh perpaduan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur