2024-09-16 berita.rtm.gov.my HaiPress

FOTO Persekutuan Pengakap Malaysia Negeri Kedah
SUNGAI PETANI,16 September- Pelbagai cara dan kaedah boleh dilakukan bagi menzahirkan rasa cinta dan sayang kepada negara terutama sempena sambutan Hari Malaysia.
Di Kedah,kira-kira 3,000 ahli pengakap dari seluruh Kedah menyertai ‘Central Square Merdeka Kedah Scouts’ Day Out ’ dan sambutan Hari Malaysia Peringkat Negeri Kedah tahun 2024.
Program bertemakan “Pengakap Bersama Membina Malaysia MADANI” itu diadakan di sebuah pusat beli belah di Sungai Petani.
Program anjuran Persekutuan Pengakap Malaysia Negeri Kedah dengan kerjasama Jabatan Pendidikan Negeri Kedah,Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dan Central Square Sungai Petani.
Pengerusi Majlis Pengakap Negeri Kedah,Datuk Dr. Zulkifly Mohamad berkata,program tahunan itu menghimpunkan ahli-ahli pengakap bagi menambahkan pengalaman dan mengeratkan semangat persaudaraan pengakap.
Selain itu,ia bagi menguji kemahiran dan semangat bertanding sesama ahli dalam bidang kemahiran kepengakapan; menerapkan pembinaan modal insan gemilang selaras hasrat dan aspirasi negara; dan menjana insan seimbang dari segenap aspek melalui aktiviti berpengakap yang mencabar.
Perhimpunan sehari itu juga diharap dapat mencapai matlamat seperti yang ditetapkan dan memantapkan pergerakan pengakap Kedah yang merupakan pergerakan sukarela berpakaian seragam terulung di dunia.
Sempena program itu,pelbagai aktiviti dijalankan.
Antaranya,Pertandingan Pakaian Tema Patriotik,Pertandingan Nyanyian Lagu Patriotik,Pertandingan Nyanyian (Bebas),Pertandingan Tarian Rampai 1 Malaysia,Pertandingan Tarian Rampai Tradisional,dan Pertandingan Mewarna - Tema kemerdekaan.
Selain itu,Kempen Derma Darah dan Pemeriksaan Kesihatan; Pameran Pengakap,STEM dan Agensi; Booth Fotografi; Pameran oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM); Pertandingan Kemahiran; dan Kraftangan Bahan Terbuang turut diadakan.
Empat langkah tangani krisis air sawah Perak Tengah
KPT sokong inisiatif MAHSA, Micro-Credential jadi pemangkin ‘upskilling’
AS digesa tarik balik tekanan terhadap Malaysia
Peruntukan pertahanan meningkat 35 peratus, tertinggi dalam sejarah
Karnival Masjid Negara 2026 perkasa masjid sebagai pusat komuniti
SK Bukit Pantai terima blok baharu ganti bangunan rosak akibat anai-anai
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur