2024-09-16 berita.rtm.gov.my HaiPress

44 buah rumah musnah sepenuhnya dalam kebakaran di Kampung Penangah Tongod malam tadi/Foto Bomba
SANDAKAN,16 September - Seramai 282 individu daripada 74 keluarga tinggal sehelai sepinggang selepas 44 buah rumah musnah sepenuhnya dalam kebakaran di Kampung Penangah Tongod di sini malam tadi.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kinabatangan,Nurul Azlan Shah Jamalludin berkata,kebakaran yang meliputi keluasan 3 ekar itu turut memusnahkan sebuah kenderaan dalam kejadian kira-kira 7.20 malam tadi.
Bagaimanapun,tiada mangsa yang dilaporkan tercedera atau terkorban dalam insiden tersebut.
"Kebakaran berlaku dengan pantas disebabkan rumah-rumah yang rapat dan bumbung bertemu antara satu sama lain.
"Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kinabatangan menerima panggilan kecemasan dan jentera tiba di tempat kejadian pada pukul 11:33 malam,dengan jarak sejauh 174 kilometer," katanya menerusi kenyataan hari ini.
Tambah beliau,seramai 13 anggota bomba,termasuk 5 anggota Pasukan Bomba Sukarela dari Kampung Saguon Kuayup,terlibat dalam operasi memadamkan kebakaran.
Operasi memadamkan kebakaran turut dibantu oleh 17 anggota daripada agensi lain,termasuk Polis Diraja Malaysia (PDRM),APM,RELA,dan JPKA.
Katanya,punca kebakaran masih dalam siasatan.
"Operasi dikawal sepenuhnya pada pukul 2.30 pagi,dan ditamatkan pada pukul 7.10 pagi tadi," katanya.
Sultan Pahang titah solat hajat di semua masjid, doa jerebu Sarawak pulih
Taska di Sarawak tutup serta-merta jika IPU cecah 200
Sambutan Hari RTM ke-80, Bulan Kebangsaan 2026 di Terengganu meriah
Mansuh AUKU: Mahasiswa mahu kebebasan bersuara seiring tanggungjawab
PM Anwar, isteri hayati seni batik Brunei
Sukan Bendang disertai lebih 2,000 peserta, perkukuh perpaduan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur