2024-09-16 berita.rtm.gov.my HaiPress

Rakyat Malaysia berbilang kaum,agama,dan budaya/Foto Facebook Anwar Ibrahim
KUALA LUMPUR,16 September – Perdana Menteri,Datuk Seri Anwar Ibrahim,menyeru rakyat Malaysia untuk memperkukuhkan perpaduan dan menolak segala bentuk perpecahan serta permusuhan.
Beliau menegaskan bahawa negara telah melalui pelbagai rintangan dalam tempoh 61 tahun sejak penubuhannya,yang telah mematangkan rakyat dan negara secara keseluruhan.
“Selama 61 tahun negara Malaysia yang kita cintai telah terbentuk dan dalam tempoh itu,pelbagai rintangan yang mematangkan telah berjaya kita tempuhi bersama-sama.
"Sambutan yang diraikan saban tahun ini harus menjadi cetusan semangat dan manifestasi perpaduan selain kecintaan mendalam kepada tanah air dalam kalangan rakyat Malaysia merentasi kaum,agama dan budaya
"Ayuh semangati erti penubuhan Malaysia yang bebas dan merdeka,menolak perpecahan dan permusuhan serta menjulang kebersamaan bagi melonjakkan potensi dan keupayaan negara ke tingkat tertinggi,” katanya menerusi hantaran di Facebook hari ini sempena Hari Malaysia ke-61.
Perdana Menteri dijadual menghadiri Sambutan Hari Malaysia 2024 di Padang Merdeka,Kota Kinabalu,Sabah pada malam ini.
Hari Malaysia disambut pada 16 September setiap tahun sebagai memperingati penubuhan Malaysia pada 16 September 1963.
Sambutan ini menjadi simbol penting kepada perpaduan dan keharmonian rakyat Malaysia yang berbilang kaum,dan budaya.
Sultan Pahang titah solat hajat di semua masjid, doa jerebu Sarawak pulih
Taska di Sarawak tutup serta-merta jika IPU cecah 200
Sambutan Hari RTM ke-80, Bulan Kebangsaan 2026 di Terengganu meriah
Mansuh AUKU: Mahasiswa mahu kebebasan bersuara seiring tanggungjawab
PM Anwar, isteri hayati seni batik Brunei
Sukan Bendang disertai lebih 2,000 peserta, perkukuh perpaduan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur