2024-09-16 berita.rtm.gov.my HaiPress

FOTO BERNAMA
PUTRAJAYA,16 September- Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim dan Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah berkenan berangkat ke Majlis Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Kebangsaan Tahun 1446H bersamaan 2024M di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya.
Bertemakan ‘Al-Falah Pemacu Malaysia Madani’ sambutan dihadiri lebih 6,000 peserta terdiri daripada 131 kontinjen kementerian,badan berkanun dan agensi swasta.
Ketibaan Seri Paduka berdua yang anggun mengenakan busana berwarna merah jambu,diiringi Perdana Menteri,Datuk Seri Anwar Ibrahim dan isteri,Datuk Dr. Wan Azizah Wan Ismail.
Yang di-Pertuan Agong,Sultan Ibrahim kemudiannya berkenan menyampaikan Anugerah Perdana Maulidur Rasul kepada Mufti Kerajaan Negeri Sarawak,Datu Kipli Yassin.
Baginda turut berkenan menyampaikan Anugerah Maulidur Rasul kepada enam penerima.
Hadir sama,Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama),Datuk Dr Mohd Na'im Mokhtar,Ketua Setiausaha Negara (KSN),Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar serta Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam,Datuk Seri Wan Ahmad Dahlan Abdul Aziz.
Sambutan bukan sekadar memperingati hari ulang tahun kelahiran Rasulullah SAW,malah menjadi wadah terbaik dalam menyantuni masyarakat meneladani susur kehidupan,perjuangan dan sunnah Rasulullah SAW.
Sultan Pahang titah solat hajat di semua masjid, doa jerebu Sarawak pulih
Taska di Sarawak tutup serta-merta jika IPU cecah 200
Sambutan Hari RTM ke-80, Bulan Kebangsaan 2026 di Terengganu meriah
Mansuh AUKU: Mahasiswa mahu kebebasan bersuara seiring tanggungjawab
PM Anwar, isteri hayati seni batik Brunei
Sukan Bendang disertai lebih 2,000 peserta, perkukuh perpaduan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur