2024-09-16 berita.rtm.gov.my HaiPress

Foto BERNAMA
SEREMBAN,16 September - Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Muhriz Tuanku Munawir menzahirkan rasa kesal dan dukacita dengan perbuatan mengeksploitasi kanak-kanak yang dilaporkan membabitkan sebuah organisasi,baru-baru ini.
"Beta berasa kesal dan dukacita apabila baru-baru ini tersebar berita mengenai sebuah organisasi yang berselindung di sebalik kebajikan Islam dilaporkan telah melakukan penderaan terhadap kanak-kanak yang berada di bawah jagaan mereka dan mengeksploitasi kanak-kanak sebagai buruh.
“Ini adalah contoh perbuatan yang tidak seharusnya timbul dan ditonjolkan oleh umat Islam,” titah baginda pada majlis Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Negeri Sembilan 1446H/2024M di Padang Majlis Bandaraya Seremban.
Baginda bertitah setiap umat Islam sebaliknya harus menunjukkan nilai Islam sebenar dalam amalan kehidupan seharian seperti keikhlasan,kejujuran,amanah,keadilan,perpaduan dan persaudaraan,kesederhanaan serta saling menghormati.
Tuanku Muhriz bertitah Islam adalah agama Persekutuan seperti termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan dan kedudukan istimewa itu memberi peluang umat Islam menunjukkan kebesaran serta kesucian agama kepada masyarakat bukan Islam.
Baginda bertitah Islam tidak berbicara tentang dimensi akhirat semata-mata malah turut membincangkan persoalan keduniaan yang memacu manusia ke arah kebaikan sekali gus menjadikan Islam sebagai agama rahmat untuk sekalian alam.
Tuanku Muhriz bertitah Islam juga adalah al-Din (cara hidup diredai Allah) yang mementingkan perpaduan dan hubungan baik sesama manusia.
“Rasulullah SAW diutuskan oleh Allah SWT di dunia ini untuk membina perpaduan dalam kemajmukan masyarakat dengan menitikberatkan pertuturan yang baik serta memberikan teladan dalam setiap perbuatan baginda.
“Sifat kepimpinan yang telah dipamerkan Rasulullah SAW membuktikan bahawa baginda sentiasa memberi keutamaan kepada keadilan sosial,kesaksamaan dan integriti moral dalam masyarakat,” titah Tuanku Muhriz.
Justeru,baginda bertitah semua pemimpin dan segenap rakyat beragama Islam di negeri itu perlu terus berganding bahu memperkukuh perpaduan dan persaudaraan serta mengamalkan sikap tolong-menolong dan menghormati kaum lain.
"Jika kita menolong orang,mereka akan menolong kita. Jika kita menghormati orang,mereka juga akan menghormati kita,” titah baginda.
Websea Umum Pembakaran Besar-Besaran 57 Juta WBS, Pasaran Menilai Semula Nilai Jangka Panjang Token Platform
J.P. Morgan 投資學院與 Morgan 機構知識通道:在新金融時代重建全球知識標準
Kepercayaan Dalam Ribut: Insurans Kontrak Mencetus Revolusi Pengurusan Risiko Web3
Genomik untuk Kesihatan Tumbuhan: Sumbangan Kumpulan BGI terhadap Kepelbagaian Tumbuhan dan Keselamatan Makanan
AIF(香港)投资学院宣布与合盈证券达成战略合作 携手推动亚洲专业投资教育升級,扩大OTC的交易深度和广度
Festival Tanglung Taiwan 2026 Menerangi Chiayi! “Light Up Chiayi: Super Style” Bergandingan dengan Super Mario, Lancarkan Tanglung Blok Soalan Edisi Terhad
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur