2024-09-17 berita.rtm.gov.my HaiPress

Sebatang pokok tumbang dan menghempap sebuah rumah di Jalan Kampung Nyior,Bukit Selambau
SUNGAI PETANI,17 September– Seorang lelaki parah di kepala selepas rumahnya di Jalan Kampung Nyior,Bukit Selambau dihempap pokok tumbang,awal pagi hari ini.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Amanjaya,Azahari Abdullah dalam satu kenyataan berkata,pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada pukul 1.18 pagi tadi.
"Sepasukan anggota dari BBP Amanjaya yang diketuai Rofae Samsuiman bersama-sama lapan anggota tiba di lokasi tidak lama kemudian.
"Setibanya di lokasi,didapati pokok tumbang menghempap sebuah rumah menyebabkan lelaki berusia 34 tahun itu parah di kepala," katanya
Bagaimanapun anggota bomba melakukan tindakan awal dengan mengeluarkan mangsa di dalam rumah terbabit sebelum diberi rawatan awal oleh petugas Kementerian Kesihatan Malaysia di lokasi.
Lelaki terbabit dihantar ke Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) untuk rawatan lanjut.
Sultan Pahang titah solat hajat di semua masjid, doa jerebu Sarawak pulih
Taska di Sarawak tutup serta-merta jika IPU cecah 200
Sambutan Hari RTM ke-80, Bulan Kebangsaan 2026 di Terengganu meriah
Mansuh AUKU: Mahasiswa mahu kebebasan bersuara seiring tanggungjawab
PM Anwar, isteri hayati seni batik Brunei
Sukan Bendang disertai lebih 2,000 peserta, perkukuh perpaduan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur