2024-09-17 berita.rtm.gov.my HaiPress

Foto Facebook Ling Tian Soon
JOHOR BAHRU,17 September- Fenomena bangkai ikan terapung dan bau kurang menyenangkan di Sungai Rinting,Masai dipercayai berpunca daripada kebakaran sebuah kilang di Bandar Seri Alam,kelmarin.
Exco Kesihatan dan Alam Sekitar Negeri Johor,Ling Tian Soon menerusi satu hantaran Facebook berkata,Jabatan Alam Sekitar (JAS) telah menjalankan siasatan selepas menerima aduan daripada ketua kampung mengenai kejadian itu.
"Menurut siasatan awal,kejadian ini berpunca daripada kebakaran yang berlaku di sebuah kilang di Seri Alam pada malam sebelumnya.
"Semasa proses pemadaman kebakaran,sejumlah besar air telah digunakan,menyebabkan bahan sisa seperti debu dan serpihan dibawa masuk ke longkang sebelum mengalir ke sungai. Ini menyebabkan tahap keasidan air sungai meningkat (pH mencapai 9),sehingga mengakibatkan kematian ikan," katanya.
Sementara itu pihak berkuasa telah mengambil sampel untuk menjalankan penyiasatan lanjut dan tindakan susulan akan diambil sekiranya terdapat penemuan baharu.
Bagaimanapun,kejadian berkenaan tidak berkaitan dengan insiden pencemaran terdahulu dan ia dianggap sebagai kes terpencil.
Pada masa sama orang ramai dinasihatkan agar tidak panik atau mengaitkan antara kedua-dua insiden itu.
Empat langkah tangani krisis air sawah Perak Tengah
KPT sokong inisiatif MAHSA, Micro-Credential jadi pemangkin ‘upskilling’
AS digesa tarik balik tekanan terhadap Malaysia
Peruntukan pertahanan meningkat 35 peratus, tertinggi dalam sejarah
Karnival Masjid Negara 2026 perkasa masjid sebagai pusat komuniti
SK Bukit Pantai terima blok baharu ganti bangunan rosak akibat anai-anai
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur