2024-09-17 berita.rtm.gov.my HaiPress

Tan Sri Razarudin Husain
KUALA LUMPUR,17 September- Polis Diraja Malaysia (PDRM) menerima dua laporan berhubung kes penderaan kanak-kanak dipercayai dilakukan ahli GISB Holdings Sdn Bhd.
Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain menjelaskan siasatan awal mengesan dua video tular berkait penderaan itu dan disebarkan melalui media sosial sebelum dikongsikan masyarakat umum.
"Pada 16 September PDRM menerima dua laporan polis berkaitan penderaan kanak-kanak disyaki dilakukan ahli GISB. Siasatan awal berdasarkan video yang dikongsikan masyrakat umum dua kertas siasatan telah dibuka dan diklasifikasikan bawah Seksyen 31(1)(A) Akta Kanak-Kanak 2001 dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998," kataya.
Beliau berkata demikian dalam dalam sidang media di Pusat Latihan Polis Kuala Lumpur di ibu negara yang turut dihadiri Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman,Datuk Seri Mohd. Shuhaily Mohd. Zain serta wakil agensi seperti Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan Kementerian Kesihatan (KKM).
Sebelum ini,tular rakaman video memaparkan kanak-kanak dipercayai di rumah amal dirotan selain mengadu kesakitan ketika diperlakukan dengan kasar.
Dalam pada itu PDRM turut membekukan 96 akaun bank bernilai lebih RM581,000 berhubung siasatan GISB Holdings Sdn Bhd.
Razarudin berkata,kesemua akaun bank berkenaan dibekukan untuk siasatan oleh Pasukan Siasatan Jenayah Pengubahan Wang Haram PDRM.
"Sehingga kini 96 akaun libatkan GISBH kita bekukan aset kira-kira RM581,552 ringgit telah dibekukan bawah Seksyen 44(1) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram,Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram (AMLATFPUAA).
"Sebanyak empat akaun telah ditutup,lapan buah kenderaan telah dikeluarkan untuk kita tahan," katanya.
ARTIKEL BERKAITAN
Agong titah polis jalankan siasatan menyeluruh berkaitan isu rumah amal GISBH
Isu GISBH : Polis sahkan wujud elemen pengantunan kanak-kanak
SOUEAST returns to Dubai Fashion Week as official automotive partner, redefining aesthetics of mobility
Pengaruh Thailand dengan berjuta-juta pengikut berpusu-pusu ke Gunung Emei untuk perkhidmatan kebudayaan dan pelancongan bertaraf antarabangsa, menjadikannya tarikan utama
Daripada Bon Perbendaharaan AS kepada Komoditi Fizikal: BullNus Cuba Membina Kitaran Tertutup Perniagaan RWA Berpacukan "Dunia Fizikal"
Pelindung dalam Pasaran Volatil: Kepentingan 'Copy Trading' Terjamin Modal Websea
RF RACER Brand Leverages Motorsport Heritage for Engineering Excellence
Paradigma Baharu untuk Laluan Pengundian: Daripada Pengagregatan Maklumat kepada Pengaset Konsensus, Penentuan Kedudukan dan Pelaksanaan Praktikal OracleX.
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur