2024-09-17 berita.rtm.gov.my HaiPress

Foto: FB APM Negeri Kedah
ALOR SETAR,17 September- Sebanyak 24 mangsa termasuk tiga kanak-kanak yang terperangkap dalam kejadian banjir di Kampung Kubang Kayu,Bukit Kayu Hitam,pagi tadi berjaya diselamatkan.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bukit Kayu Hitam Zulkifli Manaf berkata pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada 10.51 pagi.
“Pasukan bomba dari BBP Bukit Kayu Hitam telah digerakkan dan setibanya di lokasi terdapat 24 mangsa yang terperangkap terdiri daripada 21 dewasa dan tiga kanak-kanak.
“Kesemua mangsa berjaya dikeluarkan oleh bomba dan dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS),” katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata berdasarkan pemantauan di lokasi paras air sedang menurun dan kerja-kerja pemantauan diteruskan bagi memastikan tiada mangsa yang terperangkap.
Dalam satu lagi kejadian,13 mangsa banjir yang terperangkap di Kampung Paya Tok Betok,Kulim turut diselamatkan 8 pagi tadi.
Ketua BBP Kulim Hamizul Azwan Hamdan berkata setibanya di lokasi didapati 11 mangsa termasuk dua orang kurang supaya (OKU) yang lumpuh telah berjaya dikeluarkan oleh orang awam.
"Semasa kerja pemantauan dilakukan,bomba menerima maklumat bahawa terdapat dua lagi mangsa OKU penglihatan yang terperangkap dan sedang diselamatkan.
"Sementara itu,tiga lagi kawasan iaitu Lorong Temenggong,Taman Anggerik dan Kampung Padang Tembak turut mengalami banjir namun tidak melibatkan mangsa terperangkap. Kerja pemantauan masih dijalankan bagi memastikan tiada mangsa lain yang terlibat," katanya.
Dalam pada itu,Ketua BBP Jitra Mohd Bustan Karudin berkata seorang wanita warga emas yang berusia 80 tahun turut terperangkap banjir di Kampung Kota Mengkuang dan telah dipindahkan ke PPS selepas rumahnya dinaiki air. -BERNAMA
iCAUR Melakukan Kemasukan Strategik ke Asia Tengah: Mengumumkan Pelancaran Global V27 di UAE
Hefei Spring Festival Gala Sub-Venue: Understanding the City's “Union” Through Four Moments of Palms Meeting
Websea Lancar Seni Bina "Double Pool" Insurans Kontrak: Memulakan Era Baharu Pengurusan Risiko Terperinci
J.P. MorganTradeflow:革新您的交易體驗
EP雅瑩攜東方美學深耕東南亞市場,以服飾為橋共迎新春
Websea Naik Taraf Insurans Kontrak: Jaminan Menyeluruh Terhadap Risiko Dagangan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur