2024-09-17 berita.rtm.gov.my HaiPress

Reezal Merican Naina Merican
KUALA LUMPUR,17 September- Sijil halal yang dikeluarkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) bukan sahaja diiktiraf di Malaysia,malah di peringkat antarabangsa.
Pengerusi Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE),Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican berkata sijil halal tersebut diiktiraf oleh 86 badan pensijilan di seluruh dunia termasuk negara-negara Eropah seperti United Kingdom,Lithuania dan Poland.
"(Ia diiktiraf)negara-negara di Eropah seperti United Kingdom,Lithuania,dan Poland,serta negara lain seperti Brazil,Australia dan New Zealand.
"Keupayaan produk mendapat pensijilan daripada JAKIM diterima baik kerana penilaian JAKIM sangat ketat. Bukan sahaja produk siap perlu menggunakan bahan halal,tetapi proses pembuatan dan logistik juga mesti patuh halal," katanya.
Beliau bercakap pada sidang media selepas Majlis Pelancaran Pameran Halal Antarabangsa Malaysia (MIHAS) 2024 di Pusat Pameran dan Dagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC) di sini hari ini.
Sultan Pahang titah solat hajat di semua masjid, doa jerebu Sarawak pulih
Taska di Sarawak tutup serta-merta jika IPU cecah 200
Sambutan Hari RTM ke-80, Bulan Kebangsaan 2026 di Terengganu meriah
Mansuh AUKU: Mahasiswa mahu kebebasan bersuara seiring tanggungjawab
PM Anwar, isteri hayati seni batik Brunei
Sukan Bendang disertai lebih 2,000 peserta, perkukuh perpaduan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur