2024-09-17 berita.rtm.gov.my HaiPress

Foto hiasan
KUALA LUMPUR,17 September- Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) meramalkan kejadian ribut petir,hujan lebat dan angin kencang berlaku di beberapa negeri hingga pukul 4.00 petang hari ini.
Amaran itu dikeluarkan pada pukul 1.10 tengah hari tadi memaklumkan kawasan terlibat ialah di Selangor,Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya,Negeri Sembilan (Jelebu,Seremban,Kuala Pilah dan Jempol) serta Perak (Manjung,Kinta,Perak Tengah,Kampar,Bagan Datuk,Hilir Perak,Batang Padang dan Muallim).
Sementara itu negeri-negeri Pantai Timur di Kelantan (Tumpat,Pasir Mas,Kota Bharu,Jeli,Tanah Merah,Bachok,Machang,Pasir Puteh dan Kuala Krai),Terengganu( Besut,Setiu,Kuala Nerus,Hulu Terengganu,Kuala Terengganu dan Marang) serta Pahang (Tanah Tinggi Cameron,Lipis,Raub,Jerantut,Bentong,Temerloh dan Bera) turut dijangka mengalami ribut petir,hujan lebat dan angin kencang.
Bagi beberapa kawasan di pedalaman Sabah (Kuala Penyu,Beaufort,Keningau dan Tambunan),Pantai Barat (Papar,Putatan,Penampang,Kota Kinabalu,Tuaran dan Kota Belud) dan Kudat (Pitas dan Kudat),Wilayah Persekutuan Labuan serta di Miri,Sarawak amara sama turut dikeluarkan.
Sultan Pahang titah solat hajat di semua masjid, doa jerebu Sarawak pulih
Taska di Sarawak tutup serta-merta jika IPU cecah 200
Sambutan Hari RTM ke-80, Bulan Kebangsaan 2026 di Terengganu meriah
Mansuh AUKU: Mahasiswa mahu kebebasan bersuara seiring tanggungjawab
PM Anwar, isteri hayati seni batik Brunei
Sukan Bendang disertai lebih 2,000 peserta, perkukuh perpaduan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur