2024-09-17 berita.rtm.gov.my HaiPress

FOTO HIASAN
KUALA LUMPUR,17 September- Ringgit meneruskan kenaikan pada Jumaat lepas,diniagakan lebih kukuh berbanding dolar AS dan melepasi paras RM4.30 pada sesi pembukaan hari ini,disokong oleh minat belian yang berterusan dalam jangkaan penurunan kadar faedah Amerika Syarikat (AS),kata penganalisis.
Pada 8.05 pagi,mata wang tempatan naik kepada 4.2930/3030 berbanding dolar AS daripada 4.2975/3050 pada Jumaat lepas.
Pasaran ditutup semalam sempena Hari Keputeraan Nabi Muhammad SAW (Maulidur Rasul) dan Hari Malaysia.
Menurut penganalisis,dolar AS terus berada di bawah tekanan berikutan permintaan rendah susulan jangkaan meningkat bahawa Rizab Persekutuan (Fed) AS dijangka melaksanakan penurunan kadar faedah yang ketara pada mesyuarat Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan (FOMC) pada 17 hingga 18 Sept ini.
Laporan menunjukkan Fed dijangka menurunkan kadar faedah sekurang-kurangnya 25 mata asas,dengan beberapa peniaga membuat spekulasi bahawa penurunan lebih besar sebanyak 50 mata asas juga mungkin dipertimbangkan.
“Susulan jangkaan penurunan kadar faedah oleh Fed,dengan harga minyak yang stabil,ini dapat menyokong kenaikan ringgit seterusnya pada minggu ini,” katanya.
Pada sesi pembukaan,ringgit diniagakan kebanyakannya rendah berbanding sekumpulan mata wang utama.
Ia merosot berbanding euro kepada 4.7781/7892 daripada 4.7664/7747 pada Jumaat lepas,rendah berbanding pound kepada 5.6706/6838 daripada 5.6439/6538,bagaimanapun mengukuh berbanding yen Jepun kepada 3.0510/0585 daripada 3.0570/0625 sebelum ini.
Ringgit turut diniagakan kebanyakannya rendah berbanding mata wang ASEAN.
Ia merosot berbanding dolar Singapura kepada 3.3138/3218 daripada 3.3098/3159 pada Jumaat lepas,rendah berbanding peso Filipina kepada 7.68/7.70 daripada 7.67/7.69,merosot berbanding baht Thailand kepada 12.9035/9417 daripada 12.8907/9190,bagaimanapun kekal hampir tidak berubah berbanding rupiah Indonesia kepada 278.7/279.5 daripada 278.9/279.6 sebelum ini.- BERNAMA
iCAUR Melakukan Kemasukan Strategik ke Asia Tengah: Mengumumkan Pelancaran Global V27 di UAE
Hefei Spring Festival Gala Sub-Venue: Understanding the City's “Union” Through Four Moments of Palms Meeting
Websea Lancar Seni Bina "Double Pool" Insurans Kontrak: Memulakan Era Baharu Pengurusan Risiko Terperinci
J.P. MorganTradeflow:革新您的交易體驗
EP雅瑩攜東方美學深耕東南亞市場,以服飾為橋共迎新春
Websea Naik Taraf Insurans Kontrak: Jaminan Menyeluruh Terhadap Risiko Dagangan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur