2024-09-17 berita.rtm.gov.my HaiPress

FOTO HIASAN
KUALA LUMPUR,17 September- Bank Rakyat menegaskan sistem perbankan mereka kekal selamat dan sentiasa mengutamakan kepentingan pelanggan susulan dakwaan yang tular di media sosial baru-baru ini.
Bank tersebut menerusi satu kenyataan memaklumkan bahawa mereka memandang serius kebimbangan yang timbul daripada dakwaan tersebut dan komited terhadap ketelusan,selain terus menambah baik daya tahan operasi untuk memastikan perkhidmatan perbankan kekal kondusif serta selamat.
"Bank Rakyat kekal komited terhadap ketelusan dan mengutamakan kepentingan pelanggan menerusi pembangunan teknologi secara berterusan bagi terus mempertingkatkan kekukuhan dan menambah baik daya tahan operasi.
“Ini untuk memastikan Bank Rakyat dapat menyediakan perkhidmatan perbankan yang kondusif dan selamat untuk pelanggan kami,” menurut kenyataan itu.
Bank Rakyat juga telah mengambil langkah proaktif dengan menghubungi pelanggan secara individu menerusi surat dan sistem pesanan ringkas (SMS),di samping meningkatkan kesedaran mengenai langkah-langkah keselamatan siber.
Selain itu,insiden berkenaan telah dilaporkan kepada pihak berkuasa dan Bank Rakyat memberi jaminan bahawa semua operasi perniagaan berjalan seperti biasa dengan integriti serta keselamatan perbankan kekal menjadi keutamaan.
Pelanggan yang mengesyaki sebarang aktiviti mencurigakan diminta segera menghubungi Pusat Panggilan Bank Rakyat di talian 1300-800-800 atau 03-5526-9200 serta Pusat Respons Scam Kebangsaan di 997.
Membina Jambatan Dialog Berterusan: Memacu Proses Kemasukan Anmrex dan Merealisasikan Penyelarasan Pematuhan Dua Hala
Building a Normalized Dialogue Bridge: Advancing Anmrex Admission Process and Achieving Two-Way Compliance Alignment
CON-FEST 2026 himpun lebih 300 pengiat industri kreatif global
Jiwa@Komuniti MADANI eratkan hubungan kerajaan dengan masyarakat Endau
Sistem kesihatan awam sedia ada masih relevan, NHI tidak diperlukan
Integrasi rapat klinik kerajaan-swasta tangani beban NCD
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur