2024-09-17 berita.rtm.gov.my HaiPress
FOTO HIASAN
KUALA LUMPUR,17 September- Kadar jangka pendek dijangka kekal stabil hari ini berikutan operasi Bank Negara Malaysia (BNM) menyerap lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan.
Mudah tunai dianggarkan sebanyak RM24.92 bilion dalam sistem konvensional dan RM25.39 bilion dalam dana Islam.
Bank pusat akan menjalankan dua tender repo berbalik,terdiri daripada tender bernilai RM2.3 bilion untuk 30 hari dan tender bernilai RM1 bilion untuk 91 hari serta tender repo berbalik semalaman bernilai RM4 bilion untuk satu hari.
Bank pusat turut mengumumkan ketersediaan repo berbalik,perjanjian jual dan beli semula serta kemudahan Murabahah Komoditi Bercagar untuk tempoh satu dan tiga bulan.
Pada 4 petang,BNM akan menjalankan tender semalaman konvensional sehingga RM32.2 bilion dan tender semalaman Murabahah sehingga RM25.4 bilion.- BERNAMA
Niaga hadapan emas ditutup tinggi
Ringgit dibuka mendatar berbanding dolar AS
ASB catat 11.1 juta pelabur, 173.8 bilion unit dilanggan
Projek Fasa 1B Lebuhraya Pan Borneo Sabah ikut prosedur MOF - Nanta
Dua cedera, enam kenderaan musnah terbakar di Labuan
Op Khas Motorsikal JPJ : 37,708 notis pelbagai kesalahan dikeluarkan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur