2024-09-18 berita.rtm.gov.my HaiPress

Foto JKM Perlis
KANGAR,18 September- Banjir menyebabkan dua pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka malam tadi; melibatkan Sekolah Kebangsaan (SK) Sena,Kangar dan PPS SK Arau,Perlis.
Menurut Pengarah JKM Perlis,Ku Chik Ku Mat Esa,41 penduduk daripada 13 keluarga telah ditempatkan di kedua-dua PPS,setakat pada pukul 7.00 pagi tadi.
"PPS SK Arau mencatat penduduk paling ramai terjejas iaitu 33 penduduk daripada sembilan keluarga.
"Penduduk yang ditempatkan di PPS SK Sena dari sekitar Kampung Tok Kandang,manakala PPS SK Arau menempatkan penduduk dari Kampung Titi Besi," katanya menerusi kenyataan.
Tambahnya,lebih ramai penduduk dijangka ditempatkan di kedua-dua PPS berikutan hujan lebat yang sedang melanda Perlis ketika ini,selain tambahan PPS akan diaktifkan berikutan beberapa kawasan baharu yang mula dinaiki air.
Terdahulu,hujan lebat selama beberapa hari sejak Isnin lalu telah menyebabkan banjir melanda negeri itu.
Sementara itu,di Pulau Pinang,jumlah penduduk terjejas dan PPS aktif terus meningkat susulan hujan berterusan sepanjang tiga hari sejak Ahad lalu.
Menurut Portal Info Bencana JKM,seramai 606 penduduk daripada 163 keluarga ditempatkan di 11 PPS,setakat pada pukul 6.00 pagi tadi.
"Daerah Seberang Perai Tengah paling teruk terjejas dengan lima PPS dibuka.
"Empat PPS dibuka di Seberang Perai Utara dan dua di Seberang Perai Selatan," menurut kenyataan itu.
Aset melebihi RM3 bilion, Koperasi Tentera kekal status koperasi premier
Konflik Asia Barat tekan ringgit, susut 2.1 peratus setakat 22 Jun
Bekalan makanan dan tenaga negara stabil sehingga Disember
Nanas tembusi New Zealand, bukti produk pertanian negara diiktiraf global
Lebih 42,000 hilang kerja tahun ini – Ramanan
Garis panduan LAE dijangka siap hujung tahun ini
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur