2024-09-18 berita.rtm.gov.my HaiPress

Foto Ihsan Ahli Parlimen Sungai Petani
SUNGAI PETANI,18 September-Hujan lebat selama beberapa jam menyebabkan 12 buah rumah di Tikam Batu,kedah dilanda banjir kilat.
Ahli Parlimen Sungai Petani,Dr. Mohammed Taufiq Johari berkata pasukan Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Sungai Petani ke lokasi kejadian bagi meninjau situasi banjir yang berlaku di kawasan itu.
"Melalui aduan orang kampung,banjir tersebut berpunca daripada hujan yang berpanjangan sejak kelmarin dan perparitan yang tidak sistematik. Ia (banjir) menyebabkan air tidak dapat mengalir dengan sempurna dan bertakung," katanya kepada pemberita di sini.
Katanya,perbincangan akan diadakan bersama-sama pihak pihak berkuasa tempatan (PBT) dan Jabatan Pengairan dan Saliran,(JPS) bagi mencari punca penyelesaian kepada masalah yang dihadapi penduduk kampung berkenaan.
Sultan Pahang titah solat hajat di semua masjid, doa jerebu Sarawak pulih
Taska di Sarawak tutup serta-merta jika IPU cecah 200
Sambutan Hari RTM ke-80, Bulan Kebangsaan 2026 di Terengganu meriah
Mansuh AUKU: Mahasiswa mahu kebebasan bersuara seiring tanggungjawab
PM Anwar, isteri hayati seni batik Brunei
Sukan Bendang disertai lebih 2,000 peserta, perkukuh perpaduan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur