2024-09-18 berita.rtm.gov.my HaiPress

Foto RTM
POKOK SENA,18 September - Jumlah penduduk terjejas banjir di Kedah menurunkepada 2,230 orang daripada 512 keluarga sehingga pada pukul 12.00 tengah hari tadi.
Bilangan itu berikutan satu pusat pemindahan sementara (PPS) di Sekolah Kebangsaan Tanah Merah ditutup dengan 463 mereka dibenarkan pulang.
Menurut data Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM),jumlah PPS di 13 lokasi di enam daerah membabitkan Kota Setar,Pokok Sena,Pendang,Kubang Pasu,Kuala Muda dan Kulim.
"Daerah Pokok Sena mencatatkan jumlah mangsa paling ramai iaitu 1106 orang,diikuti Pendang (252 ),Kubang Pasu (301),Kulim (108),Kota Setar (407) dan Kuala Muda (54)," menurut kenyataan itu.
Sementara itu,lapan sungai di Kedah yang berada pada paras bahaya adalah Sungai Laka,Sungai Bata,Sungai Padang Terap,Sungai Perik,Sungai Anak Bukit,Sungai Titi Kerbau dan Sungai Gurun.
BERITA BERKAITAN:
Cuti hampir 800 anggota bomba di Kedah dibekukan berikutan situasi banjir
Penduduk terjejas banjir di Kedah meningkat 675 orang petang ini
Empat langkah tangani krisis air sawah Perak Tengah
KPT sokong inisiatif MAHSA, Micro-Credential jadi pemangkin ‘upskilling’
AS digesa tarik balik tekanan terhadap Malaysia
Peruntukan pertahanan meningkat 35 peratus, tertinggi dalam sejarah
Karnival Masjid Negara 2026 perkasa masjid sebagai pusat komuniti
SK Bukit Pantai terima blok baharu ganti bangunan rosak akibat anai-anai
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur