2024-09-18 berita.rtm.gov.my HaiPress

Foto BERNAMA
KUALA LUMPUR,18 September - Enam jenis sukan berpotensi disenaraikan semula pada Sukan SEA 2025 di Thailand.
Antaranya tenpin boling,angkat berat,wushu,karate,jujitsu dan kabaddi.
Setiausaha Agung Majlis Olimpik Malaysia (MOM) Datuk Mohd Nazifuddin Mohd Najib berkata pihaknya juga sedang berusaha mengemukakan rayuan untuk menyenaraikan semula sukan boling padang pada temasya itu.
“Kita ada bermesyuarat dengan pihak penganjur bersama Persekutuan Sukan SEA Games (SEAGF) pada 5 Sept lepas untuk mengemukakan rayuan bagi beberapa sukan yang tidak tersenarai awal untuk dipertandingkan dalam Sukan SEA Thailand.
“90 peratus rayuan yang dikemukakan MOM diterima baik oleh tuan rumah dan diluluskan untuk dipertandingkan kerana mereka menyasarkan 50 sukan,melibat 550 acara,”.
Pada Jun lepas,MOM memaklumkan akan mengemukakan rayuan kepada SEAGF untuk memasukkan beberapa sukan berpotensi pingat bagi Malaysia dalam temasya sukan berprestij itu selepas Thailand mencadangkan 40 sukan untuk dipertandingkan di Bangkok,Chonburi dan Songkhla.
Ketika itu,sukan karate dan wushu yang merupakan lubuk pingat emas negara,termasuk jujitsu,boling padang dan sukan angkat berat telah dikeluarkan daripada senarai di Sukan SEA ke-33 yang dijadualkan berlangsung dari 9 hingga 20 Disember depan.
Dalam pada itu,Mohd Nazifuddin berkata keputusan sama ada boling padang akan dipertandingkan dijangka diketahui dalam satu mesyuarat yang diadakan pada 5 Oktober ini.
“Boling padang memang satu daripada sukan yang diminta oleh pihak Majlis Sukan Negara (MSN) untuk kita rayu dipertandingkan di Sukan SEA.
“Jadi,kita masih berusaha untuk membuat rayuan bersama beberapa sukan lain seperti sukan tarian,luncur udara dan jet ski,” katanya.
Kali terakhir boling padang dipertandingkan pada temasya Sukan SEA adalah pada edisi 2019 di Filipina dengan skuad negara menyapu bersih empat pingat emas dan dua gangsa daripada enam acara dipertandingkan. - BERNAMA
SOUEAST returns to Dubai Fashion Week as official automotive partner, redefining aesthetics of mobility
Pengaruh Thailand dengan berjuta-juta pengikut berpusu-pusu ke Gunung Emei untuk perkhidmatan kebudayaan dan pelancongan bertaraf antarabangsa, menjadikannya tarikan utama
Daripada Bon Perbendaharaan AS kepada Komoditi Fizikal: BullNus Cuba Membina Kitaran Tertutup Perniagaan RWA Berpacukan "Dunia Fizikal"
Pelindung dalam Pasaran Volatil: Kepentingan 'Copy Trading' Terjamin Modal Websea
RF RACER Brand Leverages Motorsport Heritage for Engineering Excellence
Paradigma Baharu untuk Laluan Pengundian: Daripada Pengagregatan Maklumat kepada Pengaset Konsensus, Penentuan Kedudukan dan Pelaksanaan Praktikal OracleX.
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur