2024-09-18 berita.rtm.gov.my HaiPress

Forum Strategi Pemasaran Filem di Pawagam di FINAS
KUALA LUMPUR,18 September- Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) mengambil inisiatif melaksanakan program khusus kepada penggiat dan pemain industri filem ke arah meningkatkan pasaran filem tempatan di seluruh negara.
Forum Strategi Pemasaran Filem di Pawagam yang diadakan di Pawagam Mini P. Ramlee,FINAS berjaya mengumpulkan seramai 130 penerbit,pengedar,pempamer filem serta wakil persatuan perfileman; termasuk pembikin filem masa depan terdiri daripada penuntut institut pengajian tinggi awam (IPTA) dan institut pengajian tinggi swasta (IPTS).
Forum merupakan platform untuk memberi pendedahan,perkongsian idea dan pengalaman kepada penerbit dan pengedar filem mengenai amalan terbaik serta strategi pemasaran dan pengedaran filem yang efektif untuk mencapai tahap jualan terlaris atau box office.
Ia sekali gus,membuka ruang untuk mengukuhkan jaringan kerjasama selain mewujudkan peluang kolaborasi khusus bagi penerbit,pengarah,pengedar dan pemamer filem dengan lebih profesional bagi menggalakkan kerjasama antara pelbagai pihak dalam industri filem,seterusnya mencipta peluang pemasaran lebih besar dan berkesan.
Forum dijayakan panel jemputan berpengaruh dan berpengalaman luas dalam industri yang mewakili Persatuan Pempamer Filem Malaysia (MAFE),Azalilah Majlan dan Esther Hau serta wakil pengedar filem; Norsalvina Alwee dan Shures Ratnakrishnan.
Sultan Pahang titah solat hajat di semua masjid, doa jerebu Sarawak pulih
Taska di Sarawak tutup serta-merta jika IPU cecah 200
Sambutan Hari RTM ke-80, Bulan Kebangsaan 2026 di Terengganu meriah
Mansuh AUKU: Mahasiswa mahu kebebasan bersuara seiring tanggungjawab
PM Anwar, isteri hayati seni batik Brunei
Sukan Bendang disertai lebih 2,000 peserta, perkukuh perpaduan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur