2024-09-18 berita.rtm.gov.my HaiPress

Datuk Onn Hafiz Ghazi
ISKANDAR PUTERI,18 September- Kerajaan Johor menerusi Yayasan Pelajaran Johor (YPJ) menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) Kad Siswa Johor,melibatkan kerjasama 10 buah syarikat,hari ini.
Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata,menerusi usaha itu syarikat terlibat bakal menawarkan diskaun hingga 25 peratus bagi pembelian barangan dalam kalangan pelajar di premis-premis terpilih.
Ia dijangka memanfaatkan 75,000 pelajar Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA),Kolej Yayasan Pelajaran Johor (KYPJ),Kolej Komuniti dan Politeknik.
Manakala penyaluran Skim Bantuan Pendaftaran dan Pinjaman Pendidikan YPJ melalui inisiatif Kad Siswa Johor,akan memberi manfaat kepada 25,000 mahasiswa anak Johor.
"Saya mohon supaya pelajar-pelajar yang akan masuk ke universiti supaya memohon secepat mungkin kad ini kerana banyak manfaatnya dari segi keperluan-keperluan asas.
"Ia termasuk makanan,kedai buku dan sebagainya. Jadi saya harap mereka benar-benar memanfaatkan bagi tujuan pembelajaran," katanya
Proses permohonan Kad Siswa Johor boleh dilakukan di cawangan Bank Muamalat,manakala bagi penerima Skim Bantuan Pendaftaran dan Pinjaman Pendidikan YPJ akan diuruskan pihak YPJ.
Pelancaran diskaun melalui Kad Siswa Johor pula akan dilaksanakan pada Oktober depan.
Sultan Pahang titah solat hajat di semua masjid, doa jerebu Sarawak pulih
Taska di Sarawak tutup serta-merta jika IPU cecah 200
Sambutan Hari RTM ke-80, Bulan Kebangsaan 2026 di Terengganu meriah
Mansuh AUKU: Mahasiswa mahu kebebasan bersuara seiring tanggungjawab
PM Anwar, isteri hayati seni batik Brunei
Sukan Bendang disertai lebih 2,000 peserta, perkukuh perpaduan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur