2024-09-18 berita.rtm.gov.my HaiPress

Foto Hiasan
KUALA LUMPUR,17 September- Ringgit meningkat 7.86 peratus setakat tahun ini,mencatat paras tertinggi dalam tempoh 20 bulan berbanding dolar AS apabila pasaran menunggu mesyuarat Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan (FOMC) Amerika Syarikat.
Pada 6 petang,mata wang tempatan itu meningkat kepada 4.2535/2645 berbanding dolar AS daripada 4.2975/3050 ketika ditutup pada Jumaat lepas.
Pasaran ditutup pada Isnin,16 September,2024 sempena cuti umum sambutan Maulidur Rasul dan Hari Malaysia.
Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata penurunan Indeks Dolar AS (DXY) kepada sekitar 100 mata mungkin memberi petunjuk yang Rizab Persekutuan AS (Fed) akan mencadangkan pemotongan kadar faedah yang agresif minggu ini.
“Mungkin dengan memulakan pemotongan kadar faedah sebanyak 50 mata asas akan meredakan kebimbangan terhadap kemungkinan kelembapan ekonomi dan Fed perlu menunjukkan ketegasan mereka untuk memastikan matlamat pekerjaan maksimum dapat dicapai.
"Tempoh masa dan saiz pengurangan kadar faedah adalah penting untuk memastikan kejayaan dalam mencapai pertumbuhan yang stabil pada masa akan datang," katanya.
Beliau berkata ringgit berkemungkinan mendapat manfaat utama daripada pergerakan penanda mata wang kerana ia akan membolehkan jurang kadar faedah yang lebih kecil antara Kadar Dana Fed (FFR) dan Kadar Dasar Semalaman (OPR) pada masa akan datang.
Setakat tahun ini,ringgit juga meningkat 5.65 peratus berbanding dolar Singapura kepada 3.2891/2979 berbanding 3.3098/3159 pada Jumaat lepas.
Sementara itu,ringgit diniagakan lebih tinggi berbanding sekumpulan mata wang utama ketika ditutup hari ini.
Ringgit meningkat berbanding euro kepada 4.7375/7498 daripada 4.7664/7747 pada penutupan Jumaat lalu,naik berbanding pound Britain kepada 5.6240/6385 daripada 5.6439/6538 dan melonjak berbanding yen Jepun kepada 3.0244/0324 daripada 3.0570/0625 sebelumnya.
Selain meningkat berbanding dolar Singapura,ringgit juga diniagakan lebih kukuh berbanding mata wang di negara-negara ASEAN.
Ringgit naik berbanding rupiah Indonesia kepada 277.3/278.2 daripada 278.9/279.6,meningkat berbanding peso Filipina kepada 7.64/7.66 daripada 7.67/7.69,dan lebih tinggi berbanding baht Thailand kepada 12.7725/8105 daripada 12.8907/9190 sebelumnya.- BERNAMA
iCAUR Melakukan Kemasukan Strategik ke Asia Tengah: Mengumumkan Pelancaran Global V27 di UAE
Hefei Spring Festival Gala Sub-Venue: Understanding the City's “Union” Through Four Moments of Palms Meeting
Websea Lancar Seni Bina "Double Pool" Insurans Kontrak: Memulakan Era Baharu Pengurusan Risiko Terperinci
J.P. MorganTradeflow:革新您的交易體驗
EP雅瑩攜東方美學深耕東南亞市場,以服飾為橋共迎新春
Websea Naik Taraf Insurans Kontrak: Jaminan Menyeluruh Terhadap Risiko Dagangan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur