2024-09-18 berita.rtm.gov.my HaiPress

Foto hiasan
KUALA LUMPUR,18 September- Ringgit dibuka rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) hari ini kerana peserta pasaran menggunakan pendekatan tunggu dan lihat menjelang keputusan Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan (FOMC) AS mengenai penurunan kadar faedah.
Pada 8.13 pagi,ringgit susut kepada 4.2610/2785 berbanding dolar US daripada 4.2535/2645 ketika ditutup pada Selasa.
Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata terdapat pandangan bercampur-campur mengenai penurunan kadar kadar Rizab Persekutuan (Fed) AS hari ini.
"Ketidakpastian ini telah menyebabkan kebimbangan kerana Fed AS mungkin mengambil pendekatan secara beransur-ansur manakala pasaran kelihatan lebih gemar sekiranya diturunkan sebanyak 0.5 mata," katanya kepada Bernama.
Mohd Afzanizam berkata Indeks Dolar AS naik sedikit,meningkat 0.24 peratus kepada 101.002 mata,manakala hasil nota Perbendaharaan AS dua tahun meningkat sebanyak 5.0 mata asas kepada 3.60 peratus.
“Setakat ini,ringgit telah menunjukkan prestasi menggalakkan berbanding dolar US kerana ia terus meningkat ke paras tertinggi dalam tempoh 20 bulan.
“Paras sokongan dan rintangan semasa masing-masing berada pada RM4.2128 dan RM4.3259 dan ringgit nampaknya cenderung ke paras sokongan ketika ini,” katanya.
Beliau berkata aliran dana dalam pasaran ekuiti menunjukkan bahawa pelabur asing telah menjadi pembeli bersih pada bulan September,menunjukkan permintaan yang lebih tinggi untuk ringgit.
“Sehubungan itu,kadar pertukaran MYR/USD mungkin tidak berubah susulan peniaga menunggu keputusan FOMC malam ini,” katanya.
Sementara itu,ringgit diniagakan tinggi berbanding beberapa mata wang utama.
Unit tempatan melonjak berbanding pound Britain kepada 5.6088/6318 daripada 5.6240/6385 ketika ditutup pada Selada dan menokok berbanding yen Jepun kepada 3.0026/0152 daripada 3.0244/0324 semalam bagaimanapun ia merosot berbanding euro kepada 4.7391/7585 daripada 4.7375/7498 sebelum itu.
Dalam pada itu,ringgit diniagakan bercampur-campur berbanding mata wang ASEAN.
Ia turun berbanding dolar Singapura kepada 3.2883/3021 daripada 3.2891/2979 pada penutupan Selasa,merosot berbanding peso Filipina kepada 7.65/7.69 daripada 7.64/7.66,menguncup berbanding rupiah kepada 277.8/279.1 daripada 277.3/278.2 sebelum itu namun naik berbanding baht Thailand kepada 12.7476/8064 daripada 12.7725/8105 semalam.- BERNAMA
Websea Umum Pembakaran Besar-Besaran 57 Juta WBS, Pasaran Menilai Semula Nilai Jangka Panjang Token Platform
J.P. Morgan 投資學院與 Morgan 機構知識通道:在新金融時代重建全球知識標準
Kepercayaan Dalam Ribut: Insurans Kontrak Mencetus Revolusi Pengurusan Risiko Web3
Genomik untuk Kesihatan Tumbuhan: Sumbangan Kumpulan BGI terhadap Kepelbagaian Tumbuhan dan Keselamatan Makanan
AIF(香港)投资学院宣布与合盈证券达成战略合作 携手推动亚洲专业投资教育升級,扩大OTC的交易深度和广度
Festival Tanglung Taiwan 2026 Menerangi Chiayi! “Light Up Chiayi: Super Style” Bergandingan dengan Super Mario, Lancarkan Tanglung Blok Soalan Edisi Terhad
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur