2024-09-18 berita.rtm.gov.my HaiPress

Foto Hiasan
KUALA LUMPUR,18 September- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives diniagakan rendah pagi ini,menjejaki prestasi pasaran tunai asas.
Setakat pada pukul 9.25 pagi,kontrak September 2024 merosot 3.0 mata kepada 1,659.0,Oktober 2024 jatuh 4.0 mata kepada 1,660.5,Disember 2024 berkurangan 5.0 mata kepada 1,665.0 dan Mac 2025 menguncup 4.5 mata kepada 1,652.0.
Jumlah dagangan sebanyak 1,390 lot manakala kepentingan terbuka berjumlah 45,212 kontrak.
FBM KLCI susut 5.73 mata kepada 1,658.55 selepas 35 minit dagangan.- BERNAMA
Sultan Pahang titah solat hajat di semua masjid, doa jerebu Sarawak pulih
Taska di Sarawak tutup serta-merta jika IPU cecah 200
Sambutan Hari RTM ke-80, Bulan Kebangsaan 2026 di Terengganu meriah
Mansuh AUKU: Mahasiswa mahu kebebasan bersuara seiring tanggungjawab
PM Anwar, isteri hayati seni batik Brunei
Sukan Bendang disertai lebih 2,000 peserta, perkukuh perpaduan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur