2024-09-19 berita.rtm.gov.my HaiPress

Gambar hiasan
KOTA KINABALU,16 September – Angin kencang yang sedang melanda Sabah ketika ini disebabkan oleh penumpuan angin dari arah utara Semenanjung Malaysia ke barat Sabah,menurut Pengarah Jabatan Meteorologi Malaysia Sabah,Amirzudi Hashim.
Fenomena itu berpunca daripada Lekukan Tropika yang terbentuk di Pulau Luzon,Filipina,serta Ribut Tropika Pulasan yang melanda kawasan sekitarnya.
Amirzudi turut memberi amaran bahawa keadaan ini membahayakan semua aktiviti perkapalan dan pantai,termasuk penangkapan ikan dan perkhidmatan feri.
"Penumpuan angin ini menyebabkan pembentukan awal ribut petir setelah hujan lebat,yang kadang kala disertai angin kencang. Kawasan perairan Laut China Selatan dan utara Selat Melaka turut mengalami kejadian angin kencang dan laut bergelora," katanya kepada pemberita di sini pada Rabu.
MetMalaysia telah mengeluarkan amaran angin kencang dari arah barat dengan kelajuan 40 hingga 50 kilometer sejam serta ombak mencapai ketinggian sehingga 3.5 meter.
Keadaan ini dijangka berterusan di kawasan perairan Sabah Barat dan Labuan sehingga Sabtu ini.
Beliau menasihatkan masyarakat agar sentiasa peka terhadap perubahan cuaca dan mematuhi arahan serta amaran yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa.
Membina Jambatan Dialog Berterusan: Memacu Proses Kemasukan Anmrex dan Merealisasikan Penyelarasan Pematuhan Dua Hala
Building a Normalized Dialogue Bridge: Advancing Anmrex Admission Process and Achieving Two-Way Compliance Alignment
CON-FEST 2026 himpun lebih 300 pengiat industri kreatif global
Jiwa@Komuniti MADANI eratkan hubungan kerajaan dengan masyarakat Endau
Sistem kesihatan awam sedia ada masih relevan, NHI tidak diperlukan
Integrasi rapat klinik kerajaan-swasta tangani beban NCD
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur