2024-09-19 berita.rtm.gov.my HaiPress

Penduduk terjejas banjir di PPS/ Foto RTM
KANGAR,19 September- Bilangan penduduk terjejas banjir di Perlis terus mencatatkan peningkatan dengan jumlah terkini yang dipindahkan kini mencecah 147 orang daripada 49 keluarga,setakat pada pukul 10.00 pagi tadi.
MenurutPengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Perlis,Ku Chik Ku Mat Esa,kesemua penduduk terjejas banjir ditempatkan di empat Pusat Pemindahan Sementara (PPS).
Ia melibatkan Sekolah Kebangsaan (SK) Sena,SK Arau yang dibuka sejak Selasa.
Dua lagi PPS,SK Dato' Ahmad Musa dan PPS SK Kubang Gajah dibuka bermula malam tadi.
"Mereka yang dipindahkan adalah penduduk terjejas banjir dari 11 kampung,antaranya Kampung Titi Besi,Kampung Kubang Gajah,Kampung Tok Kandang,Kampung Bakau dan Kampung Sungai Padang.
"PPS SK Dato' Ahmad Musa menempatkan penduduk teramai terjejas banjir dengan 47 orang daripada 14 keluarga dari Kampung Sungai Padang," katanya menerusi kenyataan.
Beliau turut menasihati penduduk supaya segera berpindah sekiranya diminta berbuat demikian olehAgensi Pengurusan BencanaNegara (NADMA) berikutan hujan lebat yang melanda Perlis ketika ini.
Empat langkah tangani krisis air sawah Perak Tengah
KPT sokong inisiatif MAHSA, Micro-Credential jadi pemangkin ‘upskilling’
AS digesa tarik balik tekanan terhadap Malaysia
Peruntukan pertahanan meningkat 35 peratus, tertinggi dalam sejarah
Karnival Masjid Negara 2026 perkasa masjid sebagai pusat komuniti
SK Bukit Pantai terima blok baharu ganti bangunan rosak akibat anai-anai
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur