2024-09-19 berita.rtm.gov.my HaiPress

Gambar arkib
KUALA LUMPUR,19 September - Malaysia bersama 123 negara angota Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menyokong resolusi Perhimpunan Agung PBB (UNGA) bertajuk 'Pendapat Nasihat' Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) berkaitan kesan perundangan yang timbul daripada dasar dan amalan Israel di Wilayah Pendudukan Palestin (OPT) serta Baitulmaqdis Timur.
Kementerian Luar Negeri (KLN) melalui Wisma Putra dalam satu kenyataan berkata,resolusi yang diterima pakai ketika Sesi Tergempar Khas Ke-10 UNGA pada 17 September 2024 dengan tujuan untuk melaksanakan keputusan ICJ bermula 19 Julai 2024.
"Pada masa sama,ia menekankan tanggungjawab bersama dan obligasi undang-undang semua negara serta pertubuhan antarabangsa untuk menamatkan pendudukan haram Israel di Palestin dan menyeru keadilan untuk rakyat Palestin.
"Malaysia menggesa masyarakat antarabangsa untuk melaksanakan resolusi tersebut dengan kadar segera dan secara penuh demi hak rakyat Palestin.
"Resolusi ICJ juga menentukan nasib,memelihara kedaulatan dan keutuhan wilayah serta mencapai pembangunan sosio-ekonomi mereka di sana," katanya hari ini.
Tambah kenyataan itu,resolusi itu juga mengesahkan pendirian Malaysia yang konsisten terhadap isu Palestin yang berpanjangan.
"Malaysia tetap berpegang kepada prinsip bahawa rakyat Palestin berhak untuk memiliki sebuah negara yang merdeka dan berdaulat,berdasarkan sempadan pra-1967,dengan Baitulmaqdis Timur sebagai ibu negara," katanya.
Setakat 15 September,jumlah kematian akibat konflik di Gaza telah mencecah 41,206 orang manakala 95,000 orang cedera dalam konflik yang berlanjutan sejak Oktober tahun lalu.
Aset melebihi RM3 bilion, Koperasi Tentera kekal status koperasi premier
Konflik Asia Barat tekan ringgit, susut 2.1 peratus setakat 22 Jun
Bekalan makanan dan tenaga negara stabil sehingga Disember
Nanas tembusi New Zealand, bukti produk pertanian negara diiktiraf global
Lebih 42,000 hilang kerja tahun ini – Ramanan
Garis panduan LAE dijangka siap hujung tahun ini
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur