2024-09-19 berita.rtm.gov.my HaiPress

Foto FB Zahid Hamidi
SHAH ALAM,19 September- Kerajaan akan meneliti beberapa keperluan termasuk peruntukan dalam usaha membawa pulang dokumen sejarah penting dan artifak yang masih berada di luar negara.
Timbalan Perdana Menteri,Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata perkara tersebut akan dibentangkan di Kabinet untuk mendapatkan peruntukan sewajarnya kerana melibatkan kos yang agak tinggi.
"Harganya mungkin mahal.. inilah yang dimaksudkan supaya bahan-bahan ini dapat dibawa balik ke Malaysia untuk dijadikan sebagai bahan sejarah,bahan bukti dan memang keperluan ini sangat mendesak..bukan hanya bahan-bahan sejarah yang berbentuk artifak,tetapi banyak dokumen yang pada hemat saya,masih terdapat di luar negara.
"Bukan hanya dicuri tetapi dirampas,ada yang dibawa sebagai dokumen yang sulit.. yang dibawa oleh pegawai-pegawai berkenaan secara peribadi atau rasmi," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Konvensyen Sejarah dan Perpaduan Nasional 2024 yang berlangsung dua hari dengan tema 'Menelusuri Sejarah : Membina Perpaduan Negara Bangsa' di sini.
Tambah beliau,kerajaan juga sedia berunding dengan mana-mana pihak termasuk pihak swasta dalam memastikan artifak negara dapat dibawa pulang meskipun akan menelan belanja yang agak tinggi.
Hal ini kerana menurut beliau Arkib Negara mempunyai kekangan peruntukan dalam usaha untuk membawa pulang beberapa artifak negara yang masih terdapat di negara luar.
Kesemua bahan-bahan itu dipercayai masih berada di pejabat bekas penjajah,muzium,atau mungkin berada di bawah pegangan sesetengah individu.
Dalam pada itu,berhubung isu pokok tumbang,Ahmad Zahid berkata kerajaan akan melihat usaha jangka panjang bagi penjagaan pokok tanpa hanya menggunakan kaedah penebangan.
Jelas Ahmad Zahid,koordinasi Kerajaan Persekutuan dengan kerajaan negeri terutamanya melibatkan pihak berkuasa tempatan (PBT) dalam pemuliharan pokok tua yang mempunyai nilai.
"Kita harus melihat bagaimana usaha secara jangka panjang dapat dibuat untuk tidak menebang.. tetapi menggunakan kaedah-kaedah tertentu untuk pokok itu terus ada di sana dan tidak memberikan mudarat kepada masyarakat yang berada sekitar ataupun mereka yang melalui kawasan berkenaan," katanya.
Websea Umum Pembakaran Besar-Besaran 57 Juta WBS, Pasaran Menilai Semula Nilai Jangka Panjang Token Platform
J.P. Morgan 投資學院與 Morgan 機構知識通道:在新金融時代重建全球知識標準
Kepercayaan Dalam Ribut: Insurans Kontrak Mencetus Revolusi Pengurusan Risiko Web3
Genomik untuk Kesihatan Tumbuhan: Sumbangan Kumpulan BGI terhadap Kepelbagaian Tumbuhan dan Keselamatan Makanan
AIF(香港)投资学院宣布与合盈证券达成战略合作 携手推动亚洲专业投资教育升級,扩大OTC的交易深度和广度
Festival Tanglung Taiwan 2026 Menerangi Chiayi! “Light Up Chiayi: Super Style” Bergandingan dengan Super Mario, Lancarkan Tanglung Blok Soalan Edisi Terhad
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur