2024-09-19 berita.rtm.gov.my HaiPress

Foto RTM
KUCHING,19 September - Kerajaan menghormati keputusan pembangkang menolak draf memorandum persefahaman (MoU) berkaitan penyaluran peruntukan kepada ahli parlimen Perikatan Nasional (PN).
Timbalan Perdana Menteri,Datuk Seri Fadillah Yusof berkata,setakat ini,pihak pembangkang masih belum berhubung untuk berunding berkenaan draf yang disediakan itu.
"Draf yang dah ada itu asas untuk kita berbincang,PN kena kemukakan maklum balas tapi mereka dah buat kenyataan untuk menolak. Jadi apabila mereka berbuat demikian,kita terima penolakan itu," katanya ketika ditemui pada Persidangan Pengurusan Keselamatan Sosial Antarabangsa di sini hari ini.
Beliau diminta mengulas mengenai kenyataan PN yang mahu kerajaan sediakan draf baharu sebelum berbincang.
Dua hari lepas,Datuk Seri Fadillah mendedahkan dua draf berkenaan bagi membolehkan rakyat menilai sendiri,seterusnya membuktikan ketelusan Kerajaan Madani.
ARTIKEL BERKAITAN:
Penolakan draf MoU peruntukan,kerajaan tunggu jawapan PN
Kerajaan Perpaduan terbuka runding MoU peruntukan pembangkang - Fahmi
Fadillah dedah draf sebenar MoU peruntukan pembangkang
Sultan Pahang titah solat hajat di semua masjid, doa jerebu Sarawak pulih
Taska di Sarawak tutup serta-merta jika IPU cecah 200
Sambutan Hari RTM ke-80, Bulan Kebangsaan 2026 di Terengganu meriah
Mansuh AUKU: Mahasiswa mahu kebebasan bersuara seiring tanggungjawab
PM Anwar, isteri hayati seni batik Brunei
Sukan Bendang disertai lebih 2,000 peserta, perkukuh perpaduan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur