2024-09-19 berita.rtm.gov.my HaiPress

FOTO HIASAN
KUALA LUMPUR,18 September- Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah sedikit hari ini ketika pasaran menunggu keputusan mesyuarat Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan (FOMC) Amerika Syarikat lewat hari ini.
Pada penutup dagangan,kontrak bulan semerta September 2024 susut kepada US$2,576.60 setiap auns troy daripada US$2,584.10 setiap auns troy pada Selasa.
Kontrak Oktober 2024,November 2024,Disember 2024,Februari 2025 dan April 2025 semuanya ditutup rendah kepada US$2,589.40 setiap auns troy daripada US$2,596.40 setiap auns troy sebelumnya.
Jumlah dagangan melonjak kepada 36 lot daripada dua lot pada Selasa manakala kepentingan terbuka meningkat kepada 103 kontrak daripada 69 kontrak semalam.
Harga emas fizikal berada pada US$2,574.55 setiap auns troy mengikut penetapan harga London Bullion Market Association pada 17 Sept,2024.- BERNAMA
Sultan Pahang titah solat hajat di semua masjid, doa jerebu Sarawak pulih
Taska di Sarawak tutup serta-merta jika IPU cecah 200
Sambutan Hari RTM ke-80, Bulan Kebangsaan 2026 di Terengganu meriah
Mansuh AUKU: Mahasiswa mahu kebebasan bersuara seiring tanggungjawab
PM Anwar, isteri hayati seni batik Brunei
Sukan Bendang disertai lebih 2,000 peserta, perkukuh perpaduan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur