2024-09-19 berita.rtm.gov.my HaiPress

FOTO HIASAN
KUALA LUMPUR,18 September- Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup bercampur-campur pada Rabu sejajar dengan pasaran niaga hadapan getah serantau apabila data ekonomi Amerika Syarikat (AS) yang kukuh menjejaskan prospek penurunan kadar faedah AS yang agresif,kata peniaga.
Beliau berkata sentimen pasaran terjejas oleh penurunan harga minyak mentah dan ringgit mengukuh berbanding dolar AS.
“Bagaimanapun,penurunan seterusnya dikekang oleh kebimbangan mengenai bekalan getah asli yang terhad berikutan keadaan cuaca yang tidak menggalakkan di negara-negara pengeluar utama getah asli,” katanya kepada Bernama.
Beliau berkata niaga hadapan getah Shanghai meningkat lebih empat peratus pada Rabu apabila dagangan bersambung semula selepas cuti hujung minggu yang panjang,dengan gangguan berkaitan cuaca di Thailand,pengeluar utama,menyokong pasaran.
Beliau berkata hujan berterusan di Thailand telah mengganggu kerja-kerja menoreh getah,pengeluaran kilang dan pengangkutan,mengekalkan harga bahan mentah yang tinggi.
“Harga minyak merosot pada Rabu dan dijangka mengakhiri kenaikan sebelum ini menjelang kemungkinan penurunan kadar faedah oleh Rizab Persekutuan AS,” katanya.
Pada 5 petang,harga minyak mentah Brent susut 1.26 peratus kepada US$72.79 setong.
Harga Lembaga Getah Malaysia (LGM) untuk Standard Malaysian Rubber 20 (SMR 20) merosot 2.5 sen kepada 836.5 sen sekilogram manakala susu getah pukal naik tiga sen kepada 684 sen sekilogram.
Pada 5 petang,SMR 20 fizikal sebanyak 831.5 sen sekilogram manakala susu getah pukal sebanyak 686 sen sekilogram.- BERNAMA
Sultan Pahang titah solat hajat di semua masjid, doa jerebu Sarawak pulih
Taska di Sarawak tutup serta-merta jika IPU cecah 200
Sambutan Hari RTM ke-80, Bulan Kebangsaan 2026 di Terengganu meriah
Mansuh AUKU: Mahasiswa mahu kebebasan bersuara seiring tanggungjawab
PM Anwar, isteri hayati seni batik Brunei
Sukan Bendang disertai lebih 2,000 peserta, perkukuh perpaduan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur