2024-09-19 berita.rtm.gov.my HaiPress

Majlis menandatangani perjanjian kerjasama antara ADE dan PT Garuda berlangsung di Bali International Airshow 2024 (BIAS) dan disaksikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Capital A,Tony Fernandes dan Ketua Pegawai Eksekutif GMF,Andi Fahrurrozi / FOTO RTM
BALI,18 September- Anak syarikat Capital A,Asia Digital Engineering (ADE) dan syarikat penyeleggaraan,pembaikan dan baik pulih,PT Garuda Maintenance Facility Aero Asia Tbk (GMF),mengumumkan kerjasama dalam pelaburan strategik.
Menerusi kerjasama tersebut,kedua-dua syarikat akan menggabungkan kepakaran dan sumber dalam merevolusikan perkhidmatan baik pulih penyelenggaraan gear pendaratan di seluruh rantau Asia Tenggara.
Pelaburan bersama berkenaan adalah bagi memperluaskan capaian pasaran bagi kedua-dua pihak,serta memenuhi permintaan yang semakin meningkat bagi perkhidmatan baik pulih gear pendaratan di Asia Tenggara.
Gabungan kepakaran teknikal dan pengalaman luas dua syarikat tersebut menyediakan penyelesaian perkhidmatan gear pendaratan bertaraf dunia kepada syarikat penerbangan di seluruh rantau ini.
Majlis menandatangani perjanjian kerjasama berlangsung di Bali International Airshow 2024 (BIAS) dan disaksikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Capital A,Andi Fahrurrozi.
BIAS merupakan pameran udara yang berlangsung selama empat hari bermula 18 hingga 21 September 2024 di Bali,dengan penyertaan wakil daripada 48 negara dan lebih daripada 100 syarikat berkaitan aeroangkasa dan penerbangan.
Sultan Pahang titah solat hajat di semua masjid, doa jerebu Sarawak pulih
Taska di Sarawak tutup serta-merta jika IPU cecah 200
Sambutan Hari RTM ke-80, Bulan Kebangsaan 2026 di Terengganu meriah
Mansuh AUKU: Mahasiswa mahu kebebasan bersuara seiring tanggungjawab
PM Anwar, isteri hayati seni batik Brunei
Sukan Bendang disertai lebih 2,000 peserta, perkukuh perpaduan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur