2024-09-19 berita.rtm.gov.my HaiPress

Menteri Pertahanan,Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin pada gimik Perasmian Fasiliti Pengilangan Insulin dan Vaksin Pharmaniaga di Pharmaniaga LifeScience Sdn Bhd,Puchong hari ini/Foto BERNAMA
PUCHONG,19 September - Pharmaniaga Berhad melancarkan fasiliti pengilangan insulin dan vaksin yang pertama di negara ini.
Menteri Pertahanan,Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata,fasiliti membabitkan pelaburan kira-kira RM300 juta itu berkeupayaan mengeluarkan insulin dan vaksin untuk 13 jenis penyakit.
Katanya,usaha dibuat dengan kerjasama pemilik syarikat,Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) dan Boustead Holdings Berhad.
"Pharmaniaga adalah sebahagian daripada ekosistem dalam LTAT. Ini bermakna kejayaan Pharmaniaga akan membolehkan LTAT menerima keuntungan kerana modal datangnya daripada tabung pencen anggota tentera.
"Tanggungjawab saya sebagai menteri untuk memastikan anggota tentera mendapat dividen yang baik setiap tahun," katanya ketika berucap merasmikan Fasiliti Pengilangan Vaksin dan Insulin di sini hari ini.
Tambah beliau,kejayaan pembukaan fasiliti ini adalah sejajar dengan komitmen LTAT bawah kerangka Ekonomi Madani.
ARTIKEL BERKAITAN:
Sarawak dan LTAT meterai MoU teroka potensi kerjasama enam sektor utama
Pharmaniaga sasar perkukuh kedudukan kewangan
Mohamed Khaled sedia beri kerjasama berhubung isu LTAT
USTEU will showcase its full scenario charging solution at ENERtec ASIA 2026 in Malaysia
GSF 2.0: Malaysia-Turkiye bekerjasama bawa pulang 29 rakyat Malaysia
Perhebat usaha diplomatik, bebas 29 rakyat Malaysia ditahan Israel
535 warga kerja sektor penyiaran dan komunikasi terima APC
RUU warga emas dibentang pada sesi parlimen akan datang
Wanita maut, anak parah dirempuh lori
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur