2024-09-19 berita.rtm.gov.my HaiPress

BANK NEGARA MALAYSIA
KUALA LUMPUR,19 September- Kadar jangka pendek dijangka kekal stabil hari ini berikutan operasi Bank Negara Malaysia(BNM) menyerap lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan.
Mudah tunai dianggarkan sebanyak RM23.50bilion dalam sistem konvensional dan RM24.76biliondalam dana Islam.
Hari ini,bank pusat akan menjalankan dua tender repo berbalik,terdiri daripada tender bernilaiRM2.9bilion untuk 32 hari dan tender bernilai RM1 bilion untuk 91 hari serta tender repo berbalik Islam bernilai RM100 juta untuk 91 hari dan tender repo berbalik semalaman bernilai RM4 bilion untuk satu hari.
Bank pusat turut mengumumkan ketersediaan repo berbalik,perjanjian jual dan beli semula serta kemudahan Murabahah Komoditi Bercagar untuk tempoh satu dan tiga bulan.
Pada 4.00 petang,BNMakan menjalankantender semalaman konvensional sehingga RM31.4bilion dan RM24.9bilion untuk tender semalaman Murabahah. -BERNAMA
Empat langkah tangani krisis air sawah Perak Tengah
KPT sokong inisiatif MAHSA, Micro-Credential jadi pemangkin ‘upskilling’
AS digesa tarik balik tekanan terhadap Malaysia
Peruntukan pertahanan meningkat 35 peratus, tertinggi dalam sejarah
Karnival Masjid Negara 2026 perkasa masjid sebagai pusat komuniti
SK Bukit Pantai terima blok baharu ganti bangunan rosak akibat anai-anai
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur