2024-09-19 berita.rtm.gov.my HaiPress

FOTO HIASAN
KUALA LUMPUR,19 September- Ringgit dibuka rendah sedikit berbanding dolar AS berikutan kekurangan minat belian walaupun terdapat keputusan penurunan kadar faedah sebanyak 50 mata asas oleh Rizab Persekutuan (Fed) Amerika Syarikat (AS).
Pada 8.05 pagi,mata wang tempatan susut kepada 4.2430/2600 berbanding dolar AS daripada 4.2410/2460 pada Rabu.
Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata pada mesyuarat Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan (FOMC) semalam,Fed telah mengambil langkah untuk menurunkan kadar faedah daripada 5.25 peratus - 5.50 peratus kepada 4.75 peratus - 5.00 peratus.
Beliau berkata keputusan itu tidak sebulat suara dengan seorang ahli mencadangkan penurunan yang lebih kecil sebanyak 25 mata asas.
Bagaimanapun,katanya terdapat kesepakatan mengenai keperluan kepada perubahan dalam hala tuju dasar monetari.
"Berdasarkan keputusan terkini mereka,Fed beralih kepada pendirian yang lebih neutral seperti yang dapat dilihat daripada unjuran median mereka apabila mereka menyasarkan Kadar Dana Fed untuk mencapai 4.4 peratus,3.4 peratus dan 2.9 peratus pada akhir 2024,2025 dan 2026.
"Fed dilihat yakin bahawa mereka mampu menguruskan ekonomi tanpa kemelesetan dan penurunan sebanyak 50 mata asas mencerminkan komitmen mereka untuk mencapai guna tenaga maksimum,merupakan mandat lain mereka selain kestabilan harga," katanya kepada Bernama.
Mohd Afzanizam berkata Kadar Dana Fed jangka panjang adalah pada 2.9 peratus.
Oleh itu,katanya kemungkinan penurunan sebanyak 200 hingga 225 mata asas dijangka antara sekarang dan sehingga akhir 2026 berdasarkan unjuran median Fed.
"Sehubungan itu,ringgit akan kekal berdaya tahan dalam tempoh terdekat dan naik secara berperingkat berbanding dolar AS.
"Purata AS MYR sejak negara memansuhkan tambatan mata wang pada 21 Julai 2005 ialah RM3.78 dan ini akan menjadi penanda aras bagi hala tuju AS MYR.
"Ini bermakna ringgit mempunyai potensi untuk meningkat pada masa depan," katanya.
Sementara itu,ringgit diniagakan tinggi berbanding sekumpulan mata wang utama.
Ia mengukuh berbanding pound kepada 5.6003/6228 daripada 5.6091/6158 pada Rabu,melonjak berbanding yen Jepun kepada 2.9717/9838 daripada 2.9940/9977 dan naik berbanding euro kepada 4.7148/7337 daripada 4.7236/7292 sebelum ini.
Bagaimanapun,mata wang tempatan diniagakan bercampur-campur berbanding mata wang ASEAN.
Ia meningkat berbanding dolar Singapura kepada 3.2724/2858 daripada 3.2792/2833 semalam dan naik berbanding baht Thailand kepada 12.6994/7572 daripada 12.7472/7680 sebelum ini.
Ia diniagakan hampir tidak berubah berbanding peso Filipina kepada 7.61/7.65 daripada 7.61/7.62 dan merosot berbanding rupiah Indonesia kepada 276.6/277.9 daripada 276.5/277.0 pada Rabu. -BERNAMA
Websea Umum Pembakaran Besar-Besaran 57 Juta WBS, Pasaran Menilai Semula Nilai Jangka Panjang Token Platform
J.P. Morgan 投資學院與 Morgan 機構知識通道:在新金融時代重建全球知識標準
Kepercayaan Dalam Ribut: Insurans Kontrak Mencetus Revolusi Pengurusan Risiko Web3
Genomik untuk Kesihatan Tumbuhan: Sumbangan Kumpulan BGI terhadap Kepelbagaian Tumbuhan dan Keselamatan Makanan
AIF(香港)投资学院宣布与合盈证券达成战略合作 携手推动亚洲专业投资教育升級,扩大OTC的交易深度和广度
Festival Tanglung Taiwan 2026 Menerangi Chiayi! “Light Up Chiayi: Super Style” Bergandingan dengan Super Mario, Lancarkan Tanglung Blok Soalan Edisi Terhad
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur