2024-09-20 berita.rtm.gov.my HaiPress

Menteri Komunikasi,Fahmi Fadzil (tengah) / Foto RTM
PUTRAJAYA,20 September – Menteri Komunikasi,Fahmi Fadzil menzahirkan penghargaan kepada Radio Televisyen Malaysia (RTM) atas kejayaan menjayakan sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia baru-baru ini.
Fahmi menekankan,momentum kejayaan itu perlu diteruskan pada tahun-tahun akan datang,dengan memberikan idea-idea baharu kepada masyarakat.
"Tahniah saya ucapkan kepada pasukan RTM. Tiada sebarang isu besar yang timbul dan ini membuktikan profesionalisme serta keupayaan pasukan di RTM,yang berada dalam kalangan terbaik. Saya sangat berbangga dengan pasukan seperti RTM," katanya pada sidang media selepas Majlis Perhimpunan Bulanan Kementerian Komunikasi di sini,hari ini.
Sementara itu,Ketua Pengarah Penyiaran,Datuk Suhaimi Sulaiman menyatakan keyakinannya bahawa RTM akan terus memperkenalkan pelbagai inovasi bagi memberikan kepuasan kepada penonton.
"Setiap hari di RTM,kami sentiasa mencari cara-cara baharu untuk menambah nilai dan kreativiti. Saya rasa semangat yang ditunjukkan oleh rakan-rakan di RTM sangat membanggakan dan untuk sambutan akan datang,mungkin akan lebih hebat daripada yang kita lihat sebelum ini," katanya.
Membina Jambatan Dialog Berterusan: Memacu Proses Kemasukan Anmrex dan Merealisasikan Penyelarasan Pematuhan Dua Hala
Building a Normalized Dialogue Bridge: Advancing Anmrex Admission Process and Achieving Two-Way Compliance Alignment
CON-FEST 2026 himpun lebih 300 pengiat industri kreatif global
Jiwa@Komuniti MADANI eratkan hubungan kerajaan dengan masyarakat Endau
Sistem kesihatan awam sedia ada masih relevan, NHI tidak diperlukan
Integrasi rapat klinik kerajaan-swasta tangani beban NCD
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur