2024-09-20 berita.rtm.gov.my HaiPress

Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim hari ini dijadualkan mengadakan pertemuan dengan dua pemimpin tertinggi China,iaitu Presiden Xi Jinping dan Premier Li Qiang / Foto Bernama
BEIJING,20 September - Yang di-Pertuan Agong,Sultan Ibrahim hari ini dijadual mengadakan pertemuan dengan dua pemimpin tertinggi China,iaitu Presiden Xi Jinping dan Premier Li Qiang.
Sultan Ibrahim yang menaiki takhta pada 31 Januari lepas,sedang melakukan lawatan rasmi pertamanya ke China atas jemputan Presiden Xi,bermula dari 19 hingga 22 September.
Yang di-Pertuan Agong,yang diiringi oleh Menteri Pengangkutan,Anthony Loke,Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan,Nga Kor Ming serta Tunku Temenggong Johor,Tunku Idris Iskandar,tiba di Terminal Rasmi,Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Beijing,pada pukul 3.30 petang pada Khamis.
Kunjungan Yang di-Pertuan Agong ini mencerminkan keutuhan hubungan dua hala antara Malaysia dengan China yang kian berkembang pesat sejak dinaik taraf kepada Kerjasama Strategik Komprehensif pada 2013.
Hari ini,Sultan Ibrahim berkenan menerima menghadap Li dan kemudiannya akan menerima sambutan rasmi di Dewan Besar Rakyat di Beijing. Selepas itu,baginda akan mengadakan sesi menghadap dengan Xi serta menghadiri Majlis Santapan Negara yang diraikan oleh Presiden China.
Esok,Seri Paduka Baginda,dijadualkan melawat Pusat Penyelidikan Teknologi Pesawat Awam COMAC di Beijing untuk meninjau perkembangan terkini dalam teknologi penerbangan China.
Sultan Ibrahim turut berkenan menamakan semula Kursi Pengajian Melayu di Beijing Foreign Studies University bersempena dengan nama Seri Paduka Baginda sebagai satu penghormatan kepada Yang di-Pertuan Agong dan akan bertemu dengan diaspora Malaysia di China.
Lawatan Negara ini adalah bersempena dengan ulang tahun ke-50 hubungan diplomatik antara Malaysia dan China.
Ini adalah lawatan rasmi pertama oleh seorang Raja Malaysia ke China dalam tempoh 10 tahun,menandakan satu detik penting bagi kedua-dua negara yang merayakan ulang tahun ke-50 hubungan diplomatik.
Lawatan negara ini diadakan bersempena dengan ulang tahun ke-50 hubungan diplomatik antara Malaysia dan China. Ini merupakan lawatan rasmi pertama oleh Seri Paduka Baginda ke China dalam tempoh 10 tahun,menandakan satu detik penting bagi kedua-dua negara dalam meraikan pencapaian hubungan yang telah terjalin.
Pada 2014,Al-Marhum Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah telah melawat China atas jemputan Xi. Lawatan tersebut juga diadakan bersempena dengan ulang tahun ke-40 hubungan Malaysia-China yang bermula pada 31 Mei 1974.-BERNAMA
iCAUR Melakukan Kemasukan Strategik ke Asia Tengah: Mengumumkan Pelancaran Global V27 di UAE
Hefei Spring Festival Gala Sub-Venue: Understanding the City's “Union” Through Four Moments of Palms Meeting
Websea Lancar Seni Bina "Double Pool" Insurans Kontrak: Memulakan Era Baharu Pengurusan Risiko Terperinci
J.P. MorganTradeflow:革新您的交易體驗
EP雅瑩攜東方美學深耕東南亞市場,以服飾為橋共迎新春
Websea Naik Taraf Insurans Kontrak: Jaminan Menyeluruh Terhadap Risiko Dagangan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur