2024-09-20 berita.rtm.gov.my HaiPress

Kadar jangka pendek dijangka kekal stabil pada Jumaat dengan sokongan operasi Bank Negara Malaysia (BNM) menyerap lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan / Foto Hiasan
KUALA LUMPUR,20 September - Kadar jangka pendek dijangka kekal stabil pada Jumaat dengan sokongan operasi Bank Negara Malaysia (BNM) menyerap lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan.
Mudah tunai dianggarkan sebanyak RM30.83 bilion dalam sistem konvensional manakala dana Islam pada RM20.96 bilion.
Pada hari ini,bank pusat itu akan menjalankan dua tender repo berbalik iaitu masing-masing RM1.5 bilion selama 31 hari,tender RM1 bilion bagi tempoh 91 hari selain tender repo berbalik semalaman bernilai RM4 bilion selama tiga hari.
BNM turut mengumumkan ketersediaan repo berbalik,perjanjian jual dan belian semula serta kemudahan Murabahah Komoditi Bercagar untuk tempoh satu dan tiga bulan.
Selain itu pada 4 petang,BNM akan menjalankan tender semalaman konvensional sehingga RM37.3 bilion dan RM21.0 bilion untuk tender semalaman Murabahah.-BERNAMA
Empat langkah tangani krisis air sawah Perak Tengah
KPT sokong inisiatif MAHSA, Micro-Credential jadi pemangkin ‘upskilling’
AS digesa tarik balik tekanan terhadap Malaysia
Peruntukan pertahanan meningkat 35 peratus, tertinggi dalam sejarah
Karnival Masjid Negara 2026 perkasa masjid sebagai pusat komuniti
SK Bukit Pantai terima blok baharu ganti bangunan rosak akibat anai-anai
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur