2024-09-21 berita.rtm.gov.my HaiPress

Program MADANI Rakyat Zon Sarawak
KUALA LUMPUR,21 September- Persiapan jelajah Program MADANI Rakyat Zon Sarawak sudah memasuki fasa akhir dengan sasaran sekitar 100,000 pengunjung dijangka membanjiri Miri.
Setiausaha Bahagian Perancangan Strategik dan Antarabangsa,Kementerian Peralihan Tenaga Dan Transformasi Air (PETRA),Mohd Faizal Harun menyatakan lebih 50 aktiviti dan perkhidmatan akan disediakan untuk rakyat negeri itu.
"Kami menawarkan pelbagai aktiviti seperti e-sukan,larian,wall climbing,pemeriksaan kesihatan,pergigian,serta perkhidmatan daripada Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) termasuk diskaun saman 50%," katanya.
Beliau ditemui pemberita selepas menjadi tetamu Selamat Pagi Malaysia di Angkasapuri di sini pagi tadi.
Program MADANI Rakyat Zon Sarawak yang merupakan kerjasama antara kerajaan pusat dan PETRA akan berlangsung dari 27 hingga 29 September di Boulevard Shopping Mall,Miri,Sarawak.

Sultan Pahang titah solat hajat di semua masjid, doa jerebu Sarawak pulih
Taska di Sarawak tutup serta-merta jika IPU cecah 200
Sambutan Hari RTM ke-80, Bulan Kebangsaan 2026 di Terengganu meriah
Mansuh AUKU: Mahasiswa mahu kebebasan bersuara seiring tanggungjawab
PM Anwar, isteri hayati seni batik Brunei
Sukan Bendang disertai lebih 2,000 peserta, perkukuh perpaduan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur