2024-09-21 berita.rtm.gov.my HaiPress

Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim berkenan untuk meluangkan masa bertemu diaspora Malaysia di China/ BERNAMA
BEIJING,21 September- Rakyat Malaysia yang menetap di Beijing menyambut dengan penuh kegembiraan dan rasa teruja apabila diberi peluang istimewa untuk bertemu Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim,yang kini dalam rangka Lawatan Negara pertama baginda ke China,di sini,hari ini.
Seri Paduka Baginda berada di republik itu atas jemputan Presiden Xi Jinping,dengan lawatan rasmi berlangsung dari 19 hingga 22 September.
Wartawan dan pengacara Kumpulan Media China (CMG),Isa Zubir,35,tidak dapat menyembunyikan keterujaannya ketika ditemui Bernama.
"Saya amat teruja kerana Sultan Ibrahim berkenan meluangkan masa untuk bertemu rakyat Malaysia di negara Tembok Besar ini. Ini adalah peluang yang amat istimewa," katanya dengan penuh semangat.
Isa,anak jati Sungai Besar,Selangor,berkata kehadiran Seri Paduka Baginda di Beijing membawa penghormatan yang besar buat komuniti rakyat Malaysia di sini.
"Dalam tempoh 10 tahun,ini kali pertama kami berpeluang bertemu Agong. Kami amat bersyukur dan bangga," tambahnya.
Majlis Santapan yang diadakan di China World Summit Wing Hotel menyaksikan Sultan Ibrahim berkenan bertemu kira-kira 300 rakyat Malaysia,termasuk pelajar,ahli perniagaan,dan pegawai Kedutaan Malaysia di Beijing.
Majlis itu menjadi sebahagian daripada jadual Lawatan Negara Seri Paduka Baginda selama empat hari di China. China menjadi negara pertama yang dikunjungi Sultan Ibrahim selepas baginda menaiki takhta sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-17 pada 31 Jan lalu,atas jemputan Presiden Xi.
Lawatan ini juga bertepatan dengan sambutan ulang tahun ke-50 hubungan diplomatik antara Malaysia dan China.
Antara yang turut hadir adalah Tunku Temenggong Johor Tunku Idris Iskandar,Menteri Pengangkutan Anthony Loke,Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Nga Kor Ming,Ketua Setiausaha Kementerian Luar Datuk Seri Amran Mohamed Zain,dan Duta Besar Malaysia ke China Datuk Norman Muhamad.
Pelajar Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Elektrik di Universiti Beijing Jiaotong,Assayidatul Afiqah Nor Hairi,23,menyifatkan pertemuan dengan Sultan Ibrahim sebagai antara detik paling berharga dalam hidupnya.
"Saya rasa sangat bertuah bukan sahaja dapat melihat baginda,tetapi juga berinteraksi secara langsung. Ini adalah pengalaman luar biasa yang tidak dapat dilupakan. Saya sangat bangga menjadi rakyat Malaysia," katanya.
Shankar Achuthan Kutty,53,seorang pegawai kanan syarikat,turut meluahkan rasa bangga kerana diberi peluang menghadiri Majlis Santapan bersama Seri Paduka Baginda.
"Ini adalah satu penghormatan yang luar biasa. Saya berharap kedatangan baginda dapat memperkukuhkan lagi hubungan antara Malaysia dan China," ujarnya penuh harapan.
Sementara itu,Amanda Ng Fui Fui,34,anak kelahiran Kuala Krai,Kelantan,yang mewakili Persatuan Perwakilan Beijing,menyifatkan pertemuan tersebut sebagai peluang keemasan untuk bertemu dengan ketua negara.
"Saya amat bersyukur kerana dapat hadir hari ini. Ia merupakan pengalaman yang sangat bermakna dalam hidup saya," katanya dengan penuh rasa teruja.
Terdahulu,Sultan Ibrahim turut berkenan menamakan Kursi Pengajian Melayu di Beijing Foreign Studies University (BFSU) dengan nama Seri Paduka Baginda,menjadikannya sebagai Kursi Pengajian Melayu Sultan Ibrahim,satu langkah signifikan dalam mengukuhkan lagi hubungan pendidikan antara Malaysia dan China.- BERNAMA
SOUEAST returns to Dubai Fashion Week as official automotive partner, redefining aesthetics of mobility
Pengaruh Thailand dengan berjuta-juta pengikut berpusu-pusu ke Gunung Emei untuk perkhidmatan kebudayaan dan pelancongan bertaraf antarabangsa, menjadikannya tarikan utama
Daripada Bon Perbendaharaan AS kepada Komoditi Fizikal: BullNus Cuba Membina Kitaran Tertutup Perniagaan RWA Berpacukan "Dunia Fizikal"
Pelindung dalam Pasaran Volatil: Kepentingan 'Copy Trading' Terjamin Modal Websea
RF RACER Brand Leverages Motorsport Heritage for Engineering Excellence
Paradigma Baharu untuk Laluan Pengundian: Daripada Pengagregatan Maklumat kepada Pengaset Konsensus, Penentuan Kedudukan dan Pelaksanaan Praktikal OracleX.
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur