2024-09-21 berita.rtm.gov.my HaiPress

FOTO APM Kerian
IPOH,21 September- Jumlah penduduk terjejas banjir di Perak yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) di SK Changkat Lobak,Bagan Serai meningkat kepada 27 orang daripada lima keluarga,setakat 12 tengah hari tadi,berbanding 16 orang daripada tiga keluarga pada 8 pagi tadi.
Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri dalam kenyataan menaklumkan,limpahan air Sungai Kerian semalam,menyebabkan kawasan Kampung Matang Tengah dinaiki air.
Sementara itu,Jabatan Kerja Raya (JKR) Perak pula memaklumkan Jalan Raya Timur Barat Kupang Gerik-Jeli,Hulu Perak kekal satu lorong dibuka untuk laluan akibat tanah runtuh,selain laluan FT147 Jalan Bagan Serai-Changkat Lobak di Kerian jalan dibuka kepada kenderaan berat sahaja.
Sultan Pahang titah solat hajat di semua masjid, doa jerebu Sarawak pulih
Taska di Sarawak tutup serta-merta jika IPU cecah 200
Sambutan Hari RTM ke-80, Bulan Kebangsaan 2026 di Terengganu meriah
Mansuh AUKU: Mahasiswa mahu kebebasan bersuara seiring tanggungjawab
PM Anwar, isteri hayati seni batik Brunei
Sukan Bendang disertai lebih 2,000 peserta, perkukuh perpaduan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur