2024-09-21 berita.rtm.gov.my HaiPress

Timbalan Perdana Menteri,Datuk Seri Fadillah Yusof/ Foto Facebook Fadillah Yusof
JOHOR BAHRU,21 September- Kerajaan akan meningkatkan hukuman dan denda terhadap pihak yang menyebabkan pencemaran sungai di negara ini.
Ia susulan pindaan Akta Industri Perkhidmatan Air 2006( Akta 655) yang telah diluluskan Kabinet dan akan dibentangkan di Parlimen,November depan.
Timbalan Perdana Menteri,Datuk Seri Fadillah Yusof berkata,satu jawatankuasa turut ditubuhkan bagi mengenal pasti punca dan kaedah penyelesaian terbaik menangani isu pencemaran sungai.
“Pindaan terhadap undang-undang yang telahpun diluluskan oleh Kabinet. Insha-Allah akan dibawa ke Parlimen pada penghujung tahun ini,sesi pada bulan November.
“Kita hendak memperincikan supaya ada kejelasan. Dari situ kita akan tutup kelopongan dari segi perundangan supaya lebih jelas untuk mengambil tindakan nanti untuk sabitkan kesalahan mereka yang menyebabkan pencemaran itu",katanya.
Beliau yang juga Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) berkata demikian selepas merasmikan Majlis Sambutan Hari Sungai Sedunia (HSS) Peringkat Kebangsaan di Sungai Tebrau,Johor Bahru.
HSS mengangkat tema 'Sungai dan Alur Air Dalam Komuniti Kita' bertujuan meningkatkan kesedaran dan rasa tanggungjawab semua pihak mengenai kepentingan menjaga dan melestarikan sungai-sungai di negara ini.
Anugerah Khas Sumber Air turut disampaikan kepada komuniti setempat dalam menghargai usaha mereka menjaga dan melestarikan sungai di dalam komuniti masing-masing.
Membina Jambatan Dialog Berterusan: Memacu Proses Kemasukan Anmrex dan Merealisasikan Penyelarasan Pematuhan Dua Hala
Building a Normalized Dialogue Bridge: Advancing Anmrex Admission Process and Achieving Two-Way Compliance Alignment
CON-FEST 2026 himpun lebih 300 pengiat industri kreatif global
Jiwa@Komuniti MADANI eratkan hubungan kerajaan dengan masyarakat Endau
Sistem kesihatan awam sedia ada masih relevan, NHI tidak diperlukan
Integrasi rapat klinik kerajaan-swasta tangani beban NCD
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur