2024-09-21 berita.rtm.gov.my HaiPress

Perdana Menteri melawat penduduk terjejas banjir yang ditempatkan di PPS SK Titi Gajah/ BERNAMA
ALOR SETAR,21 September- Kerajaan Persekutuan mengumumkan peruntukan berjumlah RM13 juta untuk bantuan pascabanjir di Kedah.
Peruntukan tersebut adalah untuk sumbangan,pembersihan,serta baik pulih infrastruktur yang rosak akibat bencana banjir.
Perdana Menteri,Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata sebanyak RM3 juta diperuntukkan untuk daerah Kota Setar sahaja.
Manakala,RM10 juta untuk beberapa daerah lain yang turut dilanda bencana banjir dan jumlah peruntukan bergantung kepada keperluan di kawasan tersebut.
Ia bagi memastikan semua kerosakan dan ganti rugi yang munasabah selepas banjir dapat ditangani.
"Untuk pastikan selepas banjir untuk apa-apa kerosakan untuk ganti rugi yang munasabah saya sudah minta Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA),Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU) dan Setiausaha Kerajaan Negeri seleraskan hal ini supaya disegerakan.
"Tujuan saya datang juga,diantara lain untuk pastikan perjalanannya baik dan semua bantuan kepada rakyat dan baiki sama ada infrastruktur atau untuk rakyat termasuk pesawah padi itu disegerakan",katanya kepada pemberita selepas melakukan tinjauan di pusat pemindahan sementara (PPS) Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Kedah di Mergong,Alor Setar.
Perdana Menteri berkata kerajaan telah menyalurkan sumbangan sebanyak RM1,000 menerusi Agensi Pengurusan Bencana Negara dan RM1,000 lagi melalui Unit Penyelarasan Pelaksanaan kepada setiap ketua isi rumah (KIR) yang terjejas akibat banjir di Kedah.
Beliau turut mengarahkan agar projek tebatan banjir yang sedang dijalankan di Kedah dipantau dengan teliti,supaya tidak berlaku sebarang kelewatan untuk mengurangkan impak banjir apabila projek tersebut siap.
Dalam pada itu,beliau turut berpuas hati dengan pengurusan banjir di Kedah. Datuk Seri Anwar merakamkan penghargaan kepada semua jentera agensi serta jabatan kerajaan,baik di peringkat Persekutuan mahupun negeri,yang telah melaksanakan tanggungjawab masing-masing dalam menangani bencana tersebut.
"Nak ucap terima kasih kepada semua jentera Kerajaan Persekutuan dan negeri semua,tentera,polis,Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM),bomba,perubatan yang telah menjalankan tugas.
"Kita semak,tanya orang yang sakit umpamanya... sama ada ada rawatan dan saya juga minta mereka ambil kesempatan ini cek soal kencing manis,darah tinggi dan kesihatan,ambil kesempatan sepenuhnya. Saya puas hati... Alhamdulillah,kerana Kedah dah biasa dengan pengalaman banjir ini",katanya.
Membina Jambatan Dialog Berterusan: Memacu Proses Kemasukan Anmrex dan Merealisasikan Penyelarasan Pematuhan Dua Hala
Building a Normalized Dialogue Bridge: Advancing Anmrex Admission Process and Achieving Two-Way Compliance Alignment
CON-FEST 2026 himpun lebih 300 pengiat industri kreatif global
Jiwa@Komuniti MADANI eratkan hubungan kerajaan dengan masyarakat Endau
Sistem kesihatan awam sedia ada masih relevan, NHI tidak diperlukan
Integrasi rapat klinik kerajaan-swasta tangani beban NCD
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur