2024-09-21 berita.rtm.gov.my HaiPress

FOTO HIASAN
iKUALA LUMPUR,21 September- Ringgit dijangka cenderung untuk menaik berterusan pada minggu depan,diniagakan pada 4.1875 hingga 4.2025 berbanding dolar Amerika Syarikat (AS),kata seorang penganalisis.
Pengarah Urusan SPI Asset Management Stephen Innes berkata pergerakan besar-besaran ringgit pada minggu lalu mengingatkan pasaran betapa rendahnya nilai unit tempatan itu yang dihalang oleh kadar jangka pendek AS yang tinggi.
"Ia seolah-olah pemotongan besar oleh Fed membuka pintu kepada aliran kenaikan,menyebabkan ringgit melonjak. Tetapi,sudah tentu ada lebih banyak perkara di sebaliknya.
"Pemotongan kadar yang besar oleh Fed adalah pengubah keadaan,yang meningkatkan pasaran pertukaran asing (FX) tempatan dan merancakkan pasaran saham tempatan,menarik aliran masuk asing dalam kitaran yang baik untuk mengukuhkan ringgit," kata Innes kepada Bernama.
Beliau berkata walaupun data ekonomi AS masih bertahan buat masa ini,beliau menjangkakan ekonomi AS akhirnya akan perlahan,yang akan membawa kepada penetapan semula harga yang lebih agresif bagi keluk hasil AS yang lebih rendah,seterusnya akan memberi lebih banyak manfaat kepada ringgit.
"Dalam persekitaran ini,sebarang kekuatan dolar AS berkemungkinan besar hanya bersifat sementara,dan akan segera berakhir apabila lebih banyak pemotongan kadar oleh Fed.
"Tetapi sejauh mana dan secepat mana ringgit bergerak,saya tidak akan terkejut melihat beberapa pengukuhan pada minggu depan,sekitar 4.20. Saya menjangkakan antara 4.1875 hingga 4.2025 dengan kecenderungan untuk terus meningkat," kata Innes.
Sementara itu,Gabenor Bank Negara Datuk Seri Abdul Rasheed Ghaffour berkata selain daripada pemotongan kadar AS,prospek ekonomi positif Malaysia dan pembaharuan struktur turut mendorong kenaikan ringgit.
"Pemulihan ringgit baru-baru ini didorong oleh perubahan jangkaan kadar faedah yang lebih rendah di ekonomi-ekonomi utama,terutamanya AS serta prestasi ekonomi Malaysia yang kukuh," katanya.
Keputusan Rizab Persekutuan AS (Fed) baru-baru ini untuk memotong kadar faedah telah memberi kesan besar kepada ringgit,terutamanya dengan perubahan dinamik mata wang di seluruh rantau ini.
Langkah bank pusat Amerika untuk memotong 50 mata asas pada Rabu,yang pertama dalam tempoh empat tahun,telah melonggarkan dasar monetari yang ketat dan menyuntik keyakinan terhadap mata wang yang lemah,kata para penganalisis.
Sehubungan itu,unit tempatan ditutup pada 4.2005/2070 berbanding dolar AS pada Jumaat (20 Sept).
Dalam tempoh enam bulan,ringgit meningkat 12.67 peratus berbanding dolar AS.
Pada asas Jumaat ke Jumaat,ringgit melonjak kepada 4.2005/2070 berbanding dolar AS daripada 4.2975/3050 seminggu yang lalu.
Mata wang tempatan itu turut diniagakan lebih tinggi berbanding mata wang utama lain.
Ia meningkat berbanding euro,ditutup kepada 4.6878/6950 daripada 4.7664/7747 minggu lalu,menokok berbanding pound Britain kepada 5.5841/5928 daripada 5.6439/6538 dan mengukuh berbanding dengan yen Jepun kepada 2.9182/9229 daripada 3.0570/0625 pada minggu sebelumnya.
Ringgit juga diniagakan tinggi berbanding mata wang di negara-negara ASEAN.
Ia melonjak berbanding dolar Singapura kepada 3.2507/2559 daripada 3.3098/3159 dan meningkat berbanding rupiah Indonesia kepada 277.2/277.8 daripada 278.9/279.6 sebelumnya.
Ringgit naik berbanding baht Thailand kepada 12.7026/7288 daripada 12.8907/9190 dan meningkat berbanding peso Filipina kepada 7.55/7.56 daripada 7.67/7.69 seminggu sebelumnya. -BERNAMA
Websea Umum Pembakaran Besar-Besaran 57 Juta WBS, Pasaran Menilai Semula Nilai Jangka Panjang Token Platform
J.P. Morgan 投資學院與 Morgan 機構知識通道:在新金融時代重建全球知識標準
Kepercayaan Dalam Ribut: Insurans Kontrak Mencetus Revolusi Pengurusan Risiko Web3
Genomik untuk Kesihatan Tumbuhan: Sumbangan Kumpulan BGI terhadap Kepelbagaian Tumbuhan dan Keselamatan Makanan
AIF(香港)投资学院宣布与合盈证券达成战略合作 携手推动亚洲专业投资教育升級,扩大OTC的交易深度和广度
Festival Tanglung Taiwan 2026 Menerangi Chiayi! “Light Up Chiayi: Super Style” Bergandingan dengan Super Mario, Lancarkan Tanglung Blok Soalan Edisi Terhad
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur