2024-09-21 berita.rtm.gov.my HaiPress

Ahli Lembaga Pengarah Perbadanan Labuan,Datuk Seri Liew Shan Wen / FOTO RTM
LABUAN,21 September- Pertumbuhan ekonomi di Labuan bakal dilonjakkan apabila tiga syarikat industri berat yang berpangkalan di China merancang untuk mengembangkan pengoperasiannya di pulau bebas cukai itu.
Ahli Lembaga Pengarah Perbadanan Labuan,Datuk Seri Liew Shan Wen berkata,syarikat itu mengiktiraf potensi strategik Labuan sebagai hab ekonomi utama.
Beliau berkata,syarikat berkenaan merancang untuk mengeluarkan produk besi dan aluminium di Labuan dengan bahan mentah yang diperolehi dari China.
"Innovasion Capital ini kali kedua ke Labuan,kali pertama kami mengadakan pertemuan dengan mereka adalah bulan lepas. Selepas itu,mereka rasa bahawa Labuan mempunyai banyak peluang untuk pelaburan.
"Jadi kali ini mereka datang lagi dan membawa dua syarikat lain,rakan mereka,satu dipanggil KLX dan satu lagi dipanggil Siemens Energy,"katanya.
Beliau turut memberitahu wakil syarikat berkenaan telah melawat beberapa tapak yang berpotensi untuk mendirikan kilang dan gudang.
Dalam pada itu,pihak Perbadanan Labuan akan mengatur pertemuan dengan Kementerian Kewangan (MOF) dan Lembaga Pembangunan pelaburan Malaysia (MIDA) bagi membincangkan potensi insentif cukai dan status 'Buatan Malaysia' bagi produk besi dan aluminium yang dihasilkan.
Empat langkah tangani krisis air sawah Perak Tengah
KPT sokong inisiatif MAHSA, Micro-Credential jadi pemangkin ‘upskilling’
AS digesa tarik balik tekanan terhadap Malaysia
Peruntukan pertahanan meningkat 35 peratus, tertinggi dalam sejarah
Karnival Masjid Negara 2026 perkasa masjid sebagai pusat komuniti
SK Bukit Pantai terima blok baharu ganti bangunan rosak akibat anai-anai
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur