2024-09-22 berita.rtm.gov.my HaiPress

FOTO APM KERIAN
KERIAN,22 September- Jumlah penduduk terjejas banjir di Perak kekal 28 orang melibatkan enam keluarga setakat pukul 8 pagi tadi.
Sekretariat Pengurusan Bencana Negeri menerusi satu kenyataan berkata,satu pusat pemindahan sementara (PPS) masih beroperasi melibatkan satu daerah terjejas.
PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Changkat Lobak di daerah Kerian menempatkan 28 penduduk terjejas daripada enam keluarga.
PPS tersebut telah dibuka bermula Jumaat lalu dan menempatkan penduduk dari kampung Changkat Lobak.
Sementara itu,Jabatan Kerja Raya (JKR) Perak turut memaklumkan laluan FT147 Jalan Bagan Serai - Changkat Lobak hanya dibuka kepada kenderaan berat sahaja.
Justeru pengguna lain dinasihatkan menggunakan laluan alternatif A111 Jalan Pintasan Alor Pongsu - Bukit Merah.
Sultan Pahang titah solat hajat di semua masjid, doa jerebu Sarawak pulih
Taska di Sarawak tutup serta-merta jika IPU cecah 200
Sambutan Hari RTM ke-80, Bulan Kebangsaan 2026 di Terengganu meriah
Mansuh AUKU: Mahasiswa mahu kebebasan bersuara seiring tanggungjawab
PM Anwar, isteri hayati seni batik Brunei
Sukan Bendang disertai lebih 2,000 peserta, perkukuh perpaduan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur