2024-09-22 berita.rtm.gov.my HaiPress

Foto RTM
NEW YORK,22 September - Menteri Luar Negeri Datuk Seri Mohamad Hasan tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa John F. Kennedy pukul 8.30 malam waktu tempatan bagi mewakili Malaysia dalam sesi ke-79 Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA).
Beliau yang diiringi isterinya Datin Seri Raja Salbiah Tengku Nujumudin disambut Wakil Tetap ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) Datuk Dr Ahmad Faisal Muhamad dan konsul Jeneral Malaysia di New York Amir Farid Abu Hasan.
Mohamad yang mewakili Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim akan menghadiri mesyuarat-mesyuarat berkaitan dari 21 hingga 28 September ini.
Beliau akan menyampaikan Kenyataan Negara dalam Summit of the future pada 22 September 2024 dan Debat Umum pada 28 September 2024.
Ini merupakan kemunculan pertama beliau sebagai Menteri Dalam Negeri di perhimpunan tahunan itu.
Pendekatan Malaysia di PBB akan berteraskan tiga tema utama iaitu Mempertahankan Prinsip,Menerima Reformasi dan Mengukuhkan Kerjasama.
Malaysia akan menekankan prinsip-prinsip asas yang terkandung dalam Piagam PBB dan undang-undang antarabangsa serta menyeru untuk pelaksanaan reformasi kerangka global,bagi mempertahankan dan mengangkat multilateralisme serta kedaulatan undang-undang antarabangsa.
Mohamad juga dijadual menyertai beberapa mesyuarat-mesyuarat peringkat tinggi termasuk ASEAN,Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC),Komanwel,Pergerakan Negara-Negara Berkecuali (NAM),G77 dan China,World Economic Forum (WEF) dan G20.
Antara isu-isu yang akan diberi penekanan termasuk merapatkan jurang pembangunan antara negara-negara Membangun dan negara-negara Maju,septa tindakan susulan kepada keputusan Pendapat Nasihat oleh Mahkamah Jenayah Antarabangsa berkaitan Palestin.
Sebagai Pengerusi ASEAN pada tahun 2025,Malaysia akan memberi penekanan kepada tindakan-tindakan bagi mengukuhkan keamanan,kestabilan dan kemakmuran melalui kerjasama dengan PBB dan organisasi-organisasi antarabangsa yang lain.
Empat langkah tangani krisis air sawah Perak Tengah
KPT sokong inisiatif MAHSA, Micro-Credential jadi pemangkin ‘upskilling’
AS digesa tarik balik tekanan terhadap Malaysia
Peruntukan pertahanan meningkat 35 peratus, tertinggi dalam sejarah
Karnival Masjid Negara 2026 perkasa masjid sebagai pusat komuniti
SK Bukit Pantai terima blok baharu ganti bangunan rosak akibat anai-anai
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur