2024-09-22 berita.rtm.gov.my HaiPress

Foto RTM
ARAU,22 September - Kementerian Perpaduan Negara dan Persatuan Siam Malaysia melaksanakan Karnival Kepelbagaian Etnik dan Warisan Kita bagi mengetengahkan keunikan dan kekayaan budaya pelbagai etnik negara ini.
Karnival itu merupakan platform terbaik memberi pendedahan dan maklumat kepada masyarakat agar dapat menghayati seni budaya yang menjadi tradisi setiap etnik yang perlu dihormati.
Ia sekali gus mendidik masyarakat mendalami dan menghayati nilai perpaduan yang telah dikecapi sejak negara mencapai kemerdekaan.
Menurut ADUN Indera Kayangan Gan Ay Ling,program yang dilaksanakan bersempena Tahun Melawat Perlis 2024-2025 tersebut sebagai platform menarik kehadiran pengunjung serta menyerlahkan keunikan yang terdapat di Perlis.
"Kepelbagaian ini menjadikan Perlis sebagai sebuah negeri yang kaya dengan warisan budaya di mana perpaduan antara kaummenjadi perkara penting yang diberi keutamaan dalam mencapai keharmonian sosial." kata Gan Ay Ling.
Beliau bercakap pada Majlis Perasmian Penutup Karnival Kepelbagaian Etnik dan Warisan Kita Peringkat Negeri Perlis sempena Kembara Perpaduan,di sini.
Karnival itu juga menjadi tapak integrasi baharu yang berkesan sehingga ke peringkat akar umbi untuk memperkukuh seterusnya mengeratkan hubungan masyarakatdalam usaha memelihara ekosistem perpaduan.
Karnival Kepelbagaian Etnik dan Warisan Kita dihadiri lebih 2,000 pengunjung menampilkan tarian tradisional,masakan etnik,pakaian tradisional dan pameran seni budaya setiap etnik.
Empat langkah tangani krisis air sawah Perak Tengah
KPT sokong inisiatif MAHSA, Micro-Credential jadi pemangkin ‘upskilling’
AS digesa tarik balik tekanan terhadap Malaysia
Peruntukan pertahanan meningkat 35 peratus, tertinggi dalam sejarah
Karnival Masjid Negara 2026 perkasa masjid sebagai pusat komuniti
SK Bukit Pantai terima blok baharu ganti bangunan rosak akibat anai-anai
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur